web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Ambil Pendekatan ‘Win-win’ Situation Rancakkan Semula Industri Filem’- Eizlan Yusof

Awal minggu lalu kami ada menerbitkan satu tulisan tentang pembukaan pawagam dan filem tempatan. Hari ini, kami kongsikan rentetan tulisan itu.

Filem & TV Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2021 3:27PM

Gambar: Instagram @eizlanyusof

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Datuk Seri Eizlan Yusof  telah mengadakan perbincangan bersama-sama pihak pempamer untuk merancakkan kembali industri perfileman negara sebaik sahaja dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Skim Wajib Tayang oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) baru-baru ini. 

Berikutan kehadiran jumlah pengunjung ke panggung yang semakin memberangsangkan, ia seolah-olah memberi petanda baik kepada penerbit tempatan untuk memasarkan filem mereka ke panggung. 

“Kita ambik pendekatan win-win situation. Pihak pempamer mengalu-alukan filem tempatan untuk ditayangkan pada masa ini bagi meneruskan kelangsungan perniagaan mereka. 

“Pada masa yang sama, kita juga sudah ada 17 filem tempatan yang  bersedia untuk ditayang. 

“Saya kira ini adalah masa yang sesuai memandangkan tak banyak filem antarabangsa di panggung maka filem kita akan memiliki jangka masa yang lebih panjang untuk ditayangkan.

“Tapi ada juga penerbit yang mengambil sikap untuk tunggu dan lihat. Itu terpulang kepada strategi pemasaran mereka kerana ia hak masing-masing. 

“Cuma jika mereka memerlukan bantuan, FINAS bersedia untuk bantu,” katanya ketika dihubungi Getaran.  

Sebagai anak seni yang faham selok-belok industri, Eizlan komited untuk melakukan penambahbaikan dan membantu lebih ramai penerbit filem tanah air terutamanya sepanjang tempoh pandemik yang mencabar ini. 

“Seperti yang dipersetujui oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia YB Datuk Saifuddin Abdullah, kita akan cuba memastikan industri kreatif kita tetap berkembang maju tertakluk kepada akta dan peraturan dengan mengurangkan kerenah birokrasi untuk memastikan semua orang dalam industri ini boleh cari makan,” tambahnya lagi.

Terdahulu, pihak TGV pernah membuat kenyataan mengalukan penerbit tempatan untuk memasarkan filem mereka pada masa sekarang memandangkan persaingan sengit diramal berlaku dengan kehadiran filem hit antarabangsa pada Mei ini. - Getaran, 26 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 6 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa