web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PPFIM Gesa Kerajaan Benarkan Industri Pengiklanan Beroperasi Sepenuhnya Fasa Kedua

Menurut Presiden Persatuan Penerbit Filem Iklan Malaysia(PPFIM), Khoo Kay Lye, SOP penggambaran yang dipraktikkan industri pengiklanan adalah lebih ketat berbanding industri dan sektor-sektor lain di Malaysia.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2021 2:22PM

Gambar hiasan

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Dengan tidak membenarkan industri filem iklan beroperasi, anda bakal membiarkan kami mati! Kami seumpama penumpang sebuah bas yang bergerak dengan kelajuan 200 km sejam. Namun bas ini tiada pemandu. 

“Breknya pula gagal dan kami bakal berlaga dengan sebuah dinding. Tiada lagi jalan keluar bagi kami, dan kami semua tahu kami akan mati! Tidak, ini bukan sebuah skrip iklan TV. Inilah keadaan sebenar hidup kami!”

Berikut adalah kenyataan yang dibuat Persatuan Penerbit Filem Iklan Malaysia (PPFIM) dalam satu kenyataan media yang ditujukan khas buat Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah. 

Presiden PPFIM, Khoo Kay Lye berkata, majoriti syarikat pengiklan sudahpun menggulung tikar atau di ambang nyawa. 

Presiden Persatuan Penerbit Filem Iklan Malaysia, Khoo Kay Lye
Presiden Persatuan Penerbit Filem Iklan Malaysia, Khoo Kay Lye

“Tanpa sebarang aktiviti perfileman, kami telah dinafikan sumber pendapatan tunggal yang selama ini diperolehi dan memaksa kami membuang pekerja yang mahir, yang mana ia secara tidak langsung telah memupuskan industri kreatif dan seterusnya  lenyap di akhir tahun ini. 

“Industri pengiklanan telah diabaikan dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi mahupun apa-apa jenis bantuan kewangan kerajaan sejak PKP 1.0. Dalam situasi ini, sekurang-kurangnya benarkanlah kami bekerja untuk mencari sesuap nasi demi anak-anak kami.

“Izinkanlah kami meneruskan penggambaran dengan SOP yang telah kami buktikan adalah lebih ketat daripada industri dan sektor-sektor yang lain di Malaysia,” katanya. 

Khoo Kay Lye turut memaklumkan bahawa kedua-dua persatuan pengiklanan iaitu Malaysian Advertisers Association (MAA) dan Association of Accredited Advertising Agents Malaysia (4As) telah menyuarakan sokongan buat mereka.

Sementara itu, Presiden Malaysian Advertisers Association, Mohamed Kadri Mohamed Taib berkata, pemasaran dan periklanan mendorong penjualan yang seterusnya meningkatkan ekonomi.

Tetapi untuk ia berfungsi dengan baik, rantaian perkhidmatan sokongan amat diperlukan. Apabila rantaian ini terputus, ekonomi akan merosot.

“Penerbit filem iklan memainkan peranan penting dalam rantaian ini. Mereka perlu diizinkan beroperasi untuk menghasilkan kandungan yang diperlukan untuk menjual barangan dan perkhidmatan. 

“Ini akan membantu kami memainkan peranan penting dalam membantu ekonomi terus berjalan lancar,” katanya. 

Presiden Association of Accredited Advertising Agents Malaysia, Andrew Lee pula memberitahu, dalam beberapa bulan kawalan pergerakan untuk mengekang wabak COVID-19, mereka telah menyaksikan peningkatan isi kandungan digital dan transaksi atas talian yang luar biasa di alam maya.

“Untuk bergerak selari dengan perubahan perilaku pengguna, industri periklanan dan pemasaran telah menumpukan usaha pemasaran di ruang digital. Malah ekonomi digital telah dikenal pasti sebagai pemacu baru pembangunan negara dan e-dagang bakal menyumbang kepada GDP Malaysia.

“Industri kami sedia untuk menyahut saranan kerajaan dalam mempercepat penggunaan teknologi dengan menerbitkan kandungan dan kempen digital yang efektif bagi kita kembali kepada tahap pembelian seperti zaman pra-COVID-19, dengan meningkatkan keyakinan peniaga dan dan juga isi rumah kerana ini akan mendorong pemulihan ekonomi. 

“Akan tetapi, kami amat memerlukan semua industri yang berkaitan dalam bidang periklanan dan pemasaran, termasuk penerbit filem iklan untuk terus beroperasi,” katanya. 

Sambung Khoo Kay Lye lagi, dengan sokongan tidak berbelah bahagi yang diterima daripada MAA dan 4As, pembukaan semula industri kreatif dengan SOP ketat adalah suatu langkah ke hadapan yang lebih bijak dan akan memastikan kita sentiasa bersedia menghadapi apa juga situasi yang akan datang.

Gambaran SOP ketat yang digunakan
Gambaran SOP ketat yang digunakan

“Dengan adanya SOP ketat, kami menyeru agar kerajaan membenarkan penggambaran dijalankan sepenuhnya bermula Fasa Kedua bagi terus membantu proses pemulihan ekonomi negara dan seterusnya memastikan tiada lagi antara kami yang tercicir ekoran kemerosotan ekonomi akibat wabak COVID,” katanya. 

Dia juga berharap Saifuddin akan memahami dilema yang mereka hadapi ini serta dapat membantu agar industri pengiklanan akan bernafas semula demi membantu menyumbang kepada pendapatan ekonomi negara dan pada waktu yang sama warga kerjanya akan mampu meraih pendapatan dan meneruskan kehidupan seperti biasa. - Getaran, 5 Julai 2021

Semua gambar, kecuali tertera: Ihsan Persatuan Penerbit Filem Iklan Malaysia (PPFIM)

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Bagi menjadikan tayangan itu lebih bermakna, peminat juga berpeluang mendapatkan kad eksklusif Papa Zola The Movie sebagai koleksi istimewa.