web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Masalah Penerbangan, Perlawanan Kuching City FC Ditangguh

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 17 Aug 2021 8:59PM

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Perlawanan Kuching City FC menentang Terengganu FC II yang dijadualkan berlangsung di Stadium Negeri malam ini terpaksa ditunda sekali lagi ke tarikh dan lokasi baharu.

Jurucakap Kuching City berkata, penundaan tarikh perlawanan tersebut berpunca daripada jumlah terhad penerbangan ke bandaraya berkenaan.

“Tarikh baharu perlawanan akan ditetapkan oleh badan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) manakala Stadium Pasir Gudang, Johor bakal menjadi lokasi perlawanan,” katanya kepada Getaran di sini hari ini.

Menurut jurucakap itu, Kuching City mengambil keputusan untuk menghabiskan baki 10 perlawanan Liga Premier 2021 di gelanggang baharu iaitu Stadium Pasir Gudang, Johor.

“Kuching City akan berkampung di Johor bermula Khamis ini.

“Keputusan ini dibuat dengan mengambil kira masalah logistik yang bakal dihadapi pasukan pelawat untuk ke Sarawak,” ujarnya.

Katanya, kelancaran liga akan terganggu akibat jadual penerbangan ke Sarawak yang tidak menentu.

Difahamkan, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) mengambil langkah memperketatkan prosedur kemasukan ke negeri berkenaan susulan peningkatan mendadak jangkitan COVID-19.

“Perubahan lokasi akan memudahkan pasukan pelawat beraksi, sekali gus melicinkan perjalanan liga,” katanya.

Kuching City dijadualkan menerima kunjungan Terengganu FC II 24 Julai lalu, namun terpaksa ditunda berikutan beberapa pemain dan pegawai dikesan positif COVID-19.

Untuk rekod, Kuching City kini berada di kedudukan ke-10 Liga Premier dengan mengutip 10 mata dari 10 perlawanan. - Getaran, 17 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

3

Politik 1 bulan yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Sarawak Terima MyKad Selepas Penantian 33 Tahun

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad