web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Buka Semula Pusat Kecergasan, Sukan - NSFVOOA

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2021 7:39AM

NSFVOOA mendapati kira-kira 100 gimnasium dan kemungkinan banyak lagi, mungkin ditutup sekali gus menyebabkan peningkatan dalam pengangguran. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Panel Pakar Kementerian Belia dan Sukan Datuk V. Radhakrishnan menggesa kerajaan membuka semula pusat kecergasan dan kemudahan sukan untuk individu yang lengkap divaksin.

Radhakrishnan berkata langkah tersebut perlu demi kesihatan fizikal dan mental masyarakat di samping membantu menangani isu pengangguran.

Beliau mengulas mengenai pengumuman kerajaan bahawa 11 sektor termasuk perniagaan dan kedai di pusat beli-belah dibenarkan dibuka semula, termasuk kedai peralatan sukan.

Radhakrishnan yang juga Presiden Persatuan Pengusaha dan Pengendali Kompleks Sukan & Kecergasan Kebangsaan (NSFVOOA) berkata pengumuman itu amat melegakan bagi mereka yang terbabit dalam industri perniagaan sukan.

"Ia amat melegakan kami selepas terkesan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

"Saya juga ingin mencadangkan agar kerajaan melihat kepada kemungkinan membuka sektor tersebut untuk individu telah lengkap divaksin, yang ingin menggunakan kemudahan untuk tujuan kecergasan, di samping memastikan pekerja juga diberi vaksin sepenuhnya,” katanya melalui petikan video yang dikongsi bersama media.

Radhakrishnan juga memberitahu bahawa pusat sukan dan kecergasan seperti gimnasium tempatan, gelanggang badminton dan futsal serta kemudahan kecergasan lain, juga perlu dibuka memandangkan ia penting dalam membantu orang ramai mengekalkan kesihatan dan kecergasan.

"Tanpa  kemudahan seperti ini dibuka, perniagaan pusat kecergasan dan kemudahan sukan akan terus terjejas berikutan penutupan berpanjangan dan ketiadaan pelanggan menggunakan kemudahan, yang meliputi 80 peratus daripada perniagaan mereka,” katanya.

Beliau berkata, walaupun kerajaan telah bersetuju membenarkan rakyat melakukan  aktiviti kecergasan dengan berjoging dan berbasikal, keputusan itu masih tidak memadai untuk membantu majoriti industri sukan yang bergantung kepada orang ramai menggunakan gimnasium dan kemudahan sukan mereka.

 Radhakrishnan berkata NSFVOOA mendapati kira-kira 100 gimnasium dan kemungkinan banyak lagi, mungkin ditutup sekali gus menyebabkan peningkatan dalam pengangguran.

"Kita telah menyaksikan liga bola sepak berlangsung dengan 22 pemain di padang dan tidak ada masalah mengenainya.

"Setakat yang saya tahu, setakat ini, belum ada kluster yang muncul dari venue sukan, di semua pusat kecergasan… kami tidak ada rekod mengenainya, jadi ia adalah industri yang sangat selamat dan sihat," tambahnya. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar