web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hatrik Fernandes Benam Leeds, Chelsea Dan Liverpool Selesa

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2021 7:33AM

Fernandes membawa pulang bola perlawanan selepas menjaringkan hatrik menentang Leeds. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Manchester United memulakan kempen musim baharu Liga Perdana Inggeris dengan langkah kanan selepas Bruno Fernandes menjaringkan hatrik dalam kemenangan 5-1 ke atas Leeds di hadapan 73,000 penyokong di Old Trafford.

Manakala Chelsea dan Liverpool juga memulakan kempen mereka dengan kemenangan.

Lebih daripada 300,000 penyokong dijangka akan membanjiri stadium pada minggu pembukaan musim ini berikutan pelonggaran sekatan coronavirus di England.

Dengan atmosfera stadium yang riuh, Fernandes dan Paul Pogba bergabung untuk membenam anak buah Marcelo Bielsa.

Fernandes membawa pulang bola perlawanan, tetapi Pogba juga sama hebatnya dengan menghasilkan empat umpanan untuk dua gol pertama pemain Portugis itu dan juga dua gol babak kedua oleh Mason Greenwood dan Fred.

Rembatan jarak jauh oleh Luke Ayling di awal babak kedua memberikan pasukan pelawat gol sagu hati.

Chelsea pula mengetepikan Crystal Palace, dalam perlawanan pertama pengurus baharu Patrick Vieira, 3-0 sebagai tanda mereka juga bakal mencabar untuk kejuaraan liga musim ini.

Sepakan percuma Marcos Alonso dan jaringan dari Christian Pulisic membolehkan anak buah Thomas Tuchel mendahului perlawanan 2-0 sebelum waktu rehat.  

Pemain pertahanan tengah Trevoh Chalobah kemudian menandakan penampilan pertamanya dengan gol hasil rembatan jarak jauh untuk melengkapkan jaringan.

Liverpool juga menang 3-0 menentang Norwich selepas Diogo Jota, Roberto Firmino dan Mohamed Salah masing-masing menjaringkan satu gol.

Virgil van Dijk juga kembali ke benteng pertahanan The Reds selepas mengalami kecederaan lutut yang menyebabkan pasukan itu gagal mempertahankan kejuaraan liga mereka musim lepas.

Pemain Belanda itu tampak selesa bermain selama 90 minit tanpa menunjukkan apa-apa kesan kecederaan yang dialaminya.

Dalam perlawanan yang lain, Rafael Benitez menang perlawanan pertamanya mengendalikan Everton 3-1 ke atas Southampton.

Adam Armstrong membuka jaringan dalam penampilan pertamanya bersama Southampton yang menyebabkan anak buah Benitez diejek semasa meninggalkan padang pada waktu rehat.

Tetapi suasana menjadi ceria selepas Richarlison menyamakan kedudukan sejurus selepas babak kedua bermula sebelum Abdoulaye Doucoure dan Dominic Calvert-Lewin untuk memastikan Benitez menamatkan perlawanan pertamanya bersama The Toffees dengan kemenangan.

Gol Jamie Vardy memastikan Leicester membawa pulang tiga mata menentang Wolves.

Aston Villa tumpas 3-2 di tangan Watford dalam perlawanan pertama mereka selepas menjual Jack Grealish.

Gol dari Emmanuel Dennis, Ismaila Sarr dan Cucho Hernandez memberikan tiga mata kepada Watford.

John McGinn dan Danny Ings masing-masing menjaringkan satu gol, namun gagal membantu Villa membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata.

Brighton bangkit daripada dibolosi pada minit kedua oleh Burnley untuk menang 2-1 di Turf Moor selepas Neal Maupay dan Alexis MacAllister menjaringkan dua gol di babak kedua. - AFP

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 tahun yang lalu

Kisah Anak Gen-X: Selamat Tinggal, Jurgen Klopp!

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Peminat Liverpool Serbu Padang Nak Jumpa Mo Salah

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Peminat Masuk Padang, Kibar Bendera Palestin

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Penjaga Gol Chelsea Kepa Arrizabalaga Sah Dipinjamkan ke Real Madrid

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad