web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SIC, Petronas Tamatkan kerjasama hujung saingan MotoGP Musim 2021

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2021 3:06PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan Petronas memutuskan untuk menamatkan kerjasama membabitkan perkongsian hak dalam pasukan Petronas Sepang Racing Team (SRT) pada penghujung saingan kejuaraan dunia Motosikal Grand Prix (MotoGP) musim 2021.

SIC dalam kenyataan memaklumkan penamatan kerjasama itu menyaksikan Petronas turut menamatkan kerjasama dengan Petronas Sprinta Racing dalam saingan Moto2 dan Moto3 sejak 2018 sebelum kerjasama berkenaan berkembang hingga saingan MotoGP menerusi Petronas Yamaha Sepang Racing Team (PYSRT).

Menurut SIC, pasukan berkenaan dijangka membuat pengumuman berkaitan kesinambungan mereka dalam perlumbaan MotoGP bagi musim 2022 dan seterusnya di bawah sebuah entiti baharu.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC Azhan Shafriman Hanif berkata menerusi kerjasama berkenaan, banyak pencapaian telah dikecapi bersama oleh kedua-dua pihak.

“Kami menghormati keputusan Petronas, dan bersetuju bahawa kerjasama ini telah mencapai matlamat dan objektifnya. Saya percaya ini bukan penamat kepada kerjasama kami dalam sukan permotoran kerana kami akan meneruskan pencarian bakat-bakat baharu di seluruh negara.

“SIC juga berbangga kerana turut terlibat dalam pembentukan dan perkembangan awal pasukan yang melebihi jangkaan dalam prestasi mereka. Kami ucapkan selamat maju jaya dalam fasa seterusnya di bawah entiti baharu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Komunikasi Strategik Petronas Datin Anita Azrina Abdul Aziz mengucapkan terima kasih kepada SIC atas komitmen mereka dalam memastikan kejayaan menjayakan kerjasama berkenaan.

“Kami berbangga kerana menerusi kerjasama dengan SIC selama ini, kami berjaya menunjukkan kemampuan dari segi penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan juga berbangga bahawa Petronas Fluid Technology Solutions telah memainkan peranan penting ke arah menjadikan status pasukan itu sebagai pencabar dalam kejohanan.

“Bersama kita telah mencipta detik-detik menonjol dalam sukan ini, menunjukkan kita telah capai apa kita sasar untuk dilakukan dan  merasakan ia adalah masa yang baik untuk memuktamadkan kerjasama,” katanya.

Menerusi kerjasama berkenaan, pasukan Petronas Yamaha SRT membuat penampilan sulung dalam Kelas Premier pada musim 2019 dengan cemerlang apabila dianugerahkan sebagai Pasukan Bebas Terbaik dan menamatkan saingan di kedudukan keempat keseluruhan Kejohanan Dunia MotoGP.

Ketika pandemik melanda pada musim 2020, pasukan itu merekodkan enam kemenangan dan menamatkan saingan di kedudukan kedua kejohanan dunia dan sekali lagi meraih gelaran Pasukan Bebas Terbaik dengan pelumbanya Franco Morbidelli muncul naib juara MotoGP. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Keputusan MotoGP Grand Prix Motosikal Malaysia 2023

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Rapid KL Sedia Bas Khas Pada 10 Hingga 12 November Sempena MotoGP

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Kasma Kembali Ke Moto2 Sebagai Penunggang Gantian

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Tiket MotoGP: KBS Komited Perjuang Pengurangan Cukai Hiburan

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar