web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nur Syaiful Tidak Sabar Berentap Dengan Idolanya Di Tokyo

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2021 5:43PM

Muhammad Nur Syaiful percaya beliau yang sudah bersedia 100 peratus dari segi mental serta fizikal, dan mampu melakar kejutan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perenang para negara Muhammad Nur Syaiful Zulkafli tidak sabar bertemu dan berentap dengan idolanya, Daniel Dias dari Brazil pada Sukan Paralimpik Tokyo, yang dijadual dari 24 Ogos hingga 5 September ini.

Muhammad Nur Syaiful yang bakal membuat penampilan sulung pada Sukan Paralimpik melahirkan rasa terujanya beraksi di Tokyo kerana ini mungkin peluang terakhir beraksi bersama Daniel yang dikhabarkan bakal bersara selepas temasya di Jepun itu.

Atlet kelahiran Sarawak itu dijangka beraksi dalam kategori S5 (cacat anggota) bagi acara 50 meter (m), 100m dan 200m gaya bebas dan 100m kuak dada.

Daniel merupakan antara perenang para terbaik dunia apabila meraih sejumlah 24 pingat Sukan Paralimpik setakat ini dalam tiga temasya yang disertainya sebelum ini.

Perenang berusia 25 tahun dari Bumi Kenyalang itu percaya beliau yang sudah bersedia 100 peratus dari segi mental serta fizikal, dan mampu melakar kejutan pada saingan di Pusat Akuatik Tokyo itu nanti.

“Saya dah jumpa teknik, rentak saya pada masa ini dan stamina saya juga sudah berada pada tahap terbaik setakat ini. Insya-Allah, saya akan buat kejutan di Tokyo nanti,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau pada masa sama sedikit terkilan apabila tidak dapat menjalani latihan ujian masa di Berlin, Jerman susulan pandemik COVID-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan yang masih dilaksanakan di dalam negara ketika ini.

Sukan Paralimpik Tokyo menyaksikan seramai 22 atlet para bakal menggalas cabaran negara dalam sembilan jenis sukan disertai negara. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Kilauan Perak Padam 'Episod Hitam' Ziyad

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Sukan Paralimpik Paris: Bonnie Waspada Ancaman Telesca

3

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 16 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad