Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


United Pencabar Utama City? ‘Preview’ Liga Perdana Inggeris (Bahagian 2)

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2021 12:00PM

Mampukah Sancho memacu jentera serangan United untuk mencabar kejuaraan liga. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Manchester United berbelanja besar dalam jendela perpindahannya menerusi pembelian Jadon Sancho dan Raphael Varane, tanda jelas tidak ingin ditinggalkan dengan perbezaan 12 mata lagi oleh jiran mereka Manchester City.

Tetapi Liverpool juga boleh muncul sebagai pencabar utama setelah tonggak pertahanan mereka, Virgil van Dijk kembali dari rehat yang panjang.

Bagaimana pula dengan yang lain?

Ikuti bahagian kedua “preview” Liga Perdana Inggeris. 

Liverpool

Selepas mengalami tempoh pertengahan musim yang buruk dengan banyak kecederaan dialami pemain penting, pasukan ini beraksi dengan baik untuk menamatkan saingan di tangga ketiga. Virgil van Dijk yang sudah cergas dan pembelian Ibrahima Konate bakal menguatkan benteng pertahanan mereka. Namun Curtis Jones perlu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Gini Wijnaldum dan juga isu kontrak kapten Jordan Henderson yang perlu diselesaikan.

Manchester City

Dengan skuad yang penuh dengan ramai pemain berbakat, bagaimanakah Pep Guardiola akan mencari ruang buat Jack Grealish? Kebolehannya sangat unik dan jika Harry Kane juga berjaya diumpan ke City, mereka akan mempunyai barisan serangan yang amat digeruni. City menjadi juara dengan perbezaan 12 mata, tetapi mereka perlu berusaha lebih keras untuk mempertahankan kejuaraan.

Manchester United

Kelab ini telah memberi kepercayaan besar kepada Ole Gunnar Solskjaer dengan menyambung kontraknya sehingga 2024 dan membawa masuk Jadon Sancho serta Raphael Varane. Dengan Marcus Rashford mengalami kecederaan, Sancho mempunyai peluang untuk menunjukkan bakat di mana Varane dan Harry Maguire tampak seperti benteng pertahanan yang mantap. Jika Bruno Fernandes dapat kembali ke tahap biasa, United sepatutnya mencabar pasukan lain untuk kejuaraan liga.

Newcastle

Sebuah kelab yang nampak seperti sentiasa bergolak, namun mereka berjaya menamatkan saingan di tangga ke-12 musim lalu. Steve Bruce perlu memastikan Callum Wilson kekal cergas dan memastikan Joe Willock menyertai Arsenal di mana gol-golnya di penghujung musim lalu terbukti penting. Bagaimanapun mereka masih belum membuat pergerakan dalam jendela perpindahan buat masa ini.

Norwich City

Kembali ke liga utama sebagai juara Championship dengan mengekalkan kepercayaan kepada Daniel Farke, pasukan ini telah hilang khidmat perancang utama mereka Buendia ke Aston Villa. Tetapi mereka telah berjaya mendapat khidmat pemain muda berbakat Chelsea Billy Gilmour secara pinjaman. Walaupun mereka tampak bercita-cita tinggi dalam pasaran perpindahan, kelab ini akan terus bergelut dengan saingan relegasi.

Southampton

Penjualan pemain utama Danny Ings dan Ryan Bertrand telah menyebabkan penyokong The Saints gemuruh. Jika mereka gagal untuk memperkuatkan skuad di penghujung Ogos, mereka akan bergelut untuk kekal dalam liga.

Tottenham

Ini bukan permulaan yang mudah bagi pengurus baharu Nuno Espirito Santo dengan isu berkaitan Harry Kane menyelubungi kelab utara London itu. Pemain sayap Bryan Gill dan Cristian Romero telah dibawa untuk memperkuat pasukan ini. Jika Kane memilih untuk meninggalkan pasukan ini, amat penting untuk mereka mencari penggantinya. 

Watford

Pemain muda Emmanuel Dennis dijangka memberi persembahan mengujakan dalam penampilan kembali The Hornets ke liga utama. Danny Rose dan penyerang Ashley Fletcher adalah antara muka baharu memperkuatkan skuad ini, pemain sayap berbahaya Ismaila Sarr juga masih bersama kelab itu. Tetapi keadaan agak sukar di Vicarage Road.

West Ham

Bagaimana pasukan ini akan mengimbangi beraksi dalam Liga Europa akan menjadi penentu perjalanan musim mereka. Menamatkan saingan di tangga keenam musim lalu, mereka pasti ingin memperkuatkan lagi skuad setelah terlepas peluang menamatkan saingan di tangga empat teratas. Jangkakan akhir bulan Ogos yang sibuk dari David Moyes.

Wolves

Musim lepas adalah satu peringatan selepas menamatkan saingan di tangga ke-13 dengan hanya 45 mata selepas mendapat tangga ketujuh dua musim berturut-turut. Era Nuno telah tamat dan Bruno Lage adalah penggantinya. Sekurang-kurangnya Raul Jimenez sudah kembali cergas, tetapi jika pemain seperti Pedro Neto dan Adama Traore gagal memberi sokongan kepada penyerang dari Mexico itu pasukan ini mungkin akan mengharungi musim yang sukar sekali lagi. - ESPN

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

United Pasukan Tercorot Liga Buat Kali Pertama Dalam 30 Tahun

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Haaland Buka Akaunnya Untuk City, United Tumpas Di Laman Sendiri

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Liverpool Buka Saingan Musim Baharu Dengan Seri

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Mentaliti Arsenal Gembirakan Arteta Dalam Kemenangan Ke Atas Palace

Sorotan

1

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

2

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

3

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

4

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

5

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

6

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

7

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Cuepacs Selangor Kecewa Ahli Parlimen PN Cuba Gagalkan Kenaikan Gaji Penjawat Awam

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

Semasa 10 jam yang lalu

Agong Berkenan Hadir Rumah Terbuka KM Melaka

Semasa 2 jam yang lalu

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji