web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kepa Jadi Wira Chelsea Dalam Piala Super UEFA

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2021 8:38AM

Chelsea meraikan kemenangan mereka dalam final Piala Super UEFA selepas mengalahkan Villarreal dalam penentuan sepakan penalti. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BELFAST - Kepa Arrizabalaga menjadi wira Chelsea selepas pasukan Liga Perdana Inggeris itu memulakan musim baharu dengan mengalahkan Villarreal 6-5 dalam penentuan sepakan penalti selepas seri 1-1 untuk memenangi Piala Super UEFA di Belfast.

Pemain dari Sepanyol itu, yang kehilangan tempat dalam kesebelasan utama selepas menyertai Chelsea dengan yuran perpindahan rekod dunia untuk seorang penjaga gawang pada 2018, dimasukkan dalam permainan pada lewat masa tambahan untuk menghadapi penentuan sepakan penalti oleh Thomas Tuchel.

Kepa terkenal selepas enggan digantikan oleh bekas pengurus Chelsea Maurizio Sarri dalam kekalahan kepada Manchester City di final Piala Liga dua tahun lalu.

Tetapi kali ini beliau membalas kepercayaan pengurusnya dengan menyelamatkan sepakan dari Aissa Mandi dan Raul Albiol.

“Ia adalah satu keputusan yang spontan,” kata Tuchel yang menjelaskan pelan ini telah dibuat dalam kempen Piala FA musim lepas.

“Kami berbincang tentang perkara dengan semua penjaga gol selepas permainan pertama menentang Barnsley. Kepa mempunyai peratusan terbaik dalam menyelamatkan penalti, para analisis dan jurulatih penjaga gol kami menunjukkan data itu kepada saya.

“Kami memberi tahu para pemain yang perkara ini mungkin akan berlaku bila bermain dalam perlawanan kalah mati. Eduard (Mendy) menerima tanpa bantahan.

“Ada bukti yang Kepa lebih baik dalam menyelamatkan penalti. Mereka pemain yang mengutamakan pasukan. Edouard tidak terlalu bangga hingga enggan keluar padang. Dia selesa untuk melakukannya untuk kebaikan pasukan.”

Hakim Ziyech membuka jaringan buat pemenang Liga Juara-Juara Eropah musim lepas itu.

Gerard Moreno menjaringkan gol penyamaan untuk pemenang Liga Europa musim lalu itu pada minit ke-73 dan memaksa perlawanan masuk ke masa tambahan.

Tetapi kedua-dua pasukan gagal menambah jaringan dan pemenang terpaksa dinobat dengan penentuan sepakan penalti. - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Penjaga Gol Chelsea Kepa Arrizabalaga Sah Dipinjamkan ke Real Madrid

2

Sukan 4 tahun yang lalu

Chelsea Tumpaskan Lille, Mara Ke Suku Akhir

3

Sukan 4 tahun yang lalu

Chelsea Ketepikan Masalah Luar Padang, Tumpaskan Newcastle

4

Sukan 4 tahun yang lalu

Chelsea Tumpaskan Lille Tanpa Kelibat Lukaku

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad