web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID: Peminat Terbuka Australia Boleh Kembali Ke Gelanggang

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2021 3:45PM

Novak Djokovic bermain tanpa penonton pada tenis Terbuka Australia - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELBOURNE - Peminat tenis berpeluang untuk kembali ke gelanggang bagi menyaksikan Terbuka Australia mulai esok selepas kerajaan mengumumkan penarikan perintah berkurung yang dilaksanakan selama lima hari bagi membendung penularan COVID-19.

Selepas perbincangan panjang lebar dengan Tenis Australia dan kerajaan negeri, ia telah dipersetujui bahawa seramai 7,477 peminat, iaitu kira-kira 50 peratus daripada kapasiti Rod Laver Arena boleh menghampiri setiap sesi perlawanan mulai pagi Khamis.

Bagaimanapun tidak diketahui sama ada jumlah penonton akan ditambah menjelang perlawanan akhir.

Hari ini, ketua negeri Victoria, Daniel Andrews mengesahkan penarikan perintah berkurung berkenaan.

''Saya sangat, sangat gembira untuk mengumumkan bahawa larangan itu akan diberhentikan, hampir semuanya, pada tengah malam ini. Dari jam 11:59 malam ini, sekatan akan digugurkan namun pelitup muka diwajibkan,'' kata Andrews.

Pengumuman ini bermakna peminat tenis boleh kembali ke gelanggang untuk perlawanan separuh akhir dan akhir. Sebelum perintah berkurung dilaksanakan minggu lepas, penonton yang dibenarkan adalah 30,000 orang setiap hari.

Sejak kejohanan bermula, seramai 98,512 orang telah menyaksikan perlawanan berkenaan, berbanding tempoh sama seramai 650,138 pada tahun lepas. - ESPN.com

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 33 minit yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad