web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jorge Martin Menang Perlumbaan MotoGP Pertama Di GP Styria

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2021 8:30AM

Martin menjulang trofi pemenang GP Styria di atas podium. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SPIELBERG - Pelumba muka baharu, Jorge Martin yang menunggang untuk Ducati-Pramac memenangi perlumbaan MotoGP pertamanya di GP Styria semalam.

Dia selesa menamatkan perlumbaan dengan selesa di hadapan juara dunia bertahan dan rakan senegara dari Sepanyol Joan Mir yang menunggang untuk pasukan Suzuki.  

Peneraju kejuaraan dunia musim ini dari Perancis, Fabio Quartararo yang menunggang untuk Yamaha melintasi garisan penamat di tempat ketiga dalam perlumbaan yang perlu dimulakan semula kerana kemalangan yang melibatkan Dani Pedrosa dan Lorenzo Savadori.

Jentera KTM Pedrosa terbakar selepas dilanggar oleh Savadori, ini menyebabkan perlumbaan terpaksa dihentikan untuk mengawal kebakaran dan kerja membersihkan trek.

Setelah perlumbaan dimulakan semula, Martin mengambil alih sebagai peneraju dan membuka jurang 1.58 saat di hadapan Mir.

Kemenangan ini mengembalikan dominasi Ducati di litar Red Bull Ring, trek terpantas dalam kalendar MotoGP, di mana mereka menjadi juara buat lima perlumbaan berturut-turut sebelum Miguel Olivera menang menunggang jentera KTM tahun lepas.

“Susah untuk saya percayakannya. Sebab itulah saya kurang teruja,” kata Martin yang mendedikasikan kemenangan pertamanya setelah hanya enam perlumbaan MotoGP kepada datuknya yang berada di hospital.

“Banyak perkara yang saya fikirkan dalam beberapa pusingan terakhir.

“Sebab itulah catatan masa saya merudum, saya juga perlu menguruskan jurang kepada pelumba yang lain,” tambahnya.

Terdahulu dalam kelas Moto2, Marco Bezzecchi menang perlumbaan pertamanya musim ini di hadapan Aron Canet dan Augusto Fernandez.

Dalam kelas Moto3 pula, pelumba remaja Pedro Acosta, 17, mengecapi kemenangan kelimanya musim ini selepas Sergio Garcia terbabas di pusingan terakhir.

Bagaimanapun Garcia berjaya bangkit dan menamatkan perlumbaan di tangga kedua di hadapan Romano Fenati.

Para pelumba akan kembali ke litar Red Bull Ring pada Ahad depan untuk GP Austria. - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Keputusan MotoGP Grand Prix Motosikal Malaysia 2023

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Rapid KL Sedia Bas Khas Pada 10 Hingga 12 November Sempena MotoGP

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Kasma Kembali Ke Moto2 Sebagai Penunggang Gantian

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Tiket MotoGP: KBS Komited Perjuang Pengurangan Cukai Hiburan

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar