web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


AzizulHasni Intai Pingat Keirin

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2021 12:23PM

Azizulhasni Awang ketika beraksi dalam peringkat pusingan kelayakan acara pecut di Veledrom Izu, pada 4 Ogos lalu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Ketika Sukan Olimpik Tokyo 2020 sudah semakin hampir ke penghujung, kayuhan ‘magis’ jaguh berbasikal trek negara Datuk Azizulhasni Awang amat ditagih bagi menyumbangkan pingat buat kontinjen Malaysia.

Malah, peminat sukan tanah air juga mengharapkan kayuhan bertenaga daripada Muhammad Shah Firdaus Sahrom agar dapat menghadiahkan pingat, sekali gus membolehkan kontinjen negara mencapai sasaran tiga pingat ditetapkan pada temasya Olimpik kali ini.

Lebih-lebih lagi, kontinjen Malaysia kini bergantung kepada aksi Azizulhasni dan Muhammad Shah Firdaus yang merupakan atlet negara yang masih membawa cabaran sebelum temasya sukan terbesar dunia itu melabuhkan tirai, esok.

Setakat ini, Malaysia hanya meraih satu pingat gangsa menerusi pasangan Aaron Chia-Soh Wooi Yik, yang juga pingat pertama Malaysia di Sukan Olimpik Tokyo, dalam acara beregu badminton lelaki.

Selepas kedua-dua pelumba berkenaan gagal meloloskan diri ke peringkat suku akhir acara pecut lelaki selepas kecundang di pusingan ketiga atau 1/8 kelmarin, rakyat Malaysia menaruh harapan tinggi agar mereka bangkit bertenaga dalam acara keirin yang dijadual bermula hari ini.

Sebagai juara dunia keirin 2017 dan pemenang pingat gangsa keirin pada Olimpik Rio 2016, Azizulhasni menjadi sandaran terbaik bagi menyumbangkan pingat dalam acara kegemarannya itu.

Membuat penampilan keempat di pentas Olimpik, pelumba berusia 33 tahun itu bukan sahaja prospek menyumbangkan pingat, malah menjadi sasaran memenangi pingat emas pertama Malaysia di temasya sukan berprestij itu.

Begitu juga, Muhammad Shah Firdaus. Setelah menampilkan aksi cemerlang dalam beberapa kejohanan dengan muncul juara mengatasi seniornya, Azizulhasni, pelumba berusia 26 tahun itu juga diharapkan berada pada prestasi terbaik sekali gus meraih pingat buat negara.

Azizulhasni dan Muhammad Shah Firdaus akan turun bersaing pada pusingan pertama acara keirin yang dijadual pada 3.48 petang waktu tempatan (2.48 petang waktu Malaysia) hari ini di Izu Velodrom, Shizuoka, kira-kira 175 kilometer dari bandar raya ini.

Sekiranya berjaya melepasi pusingan tersebut, kedua-dua pelumba berkenaan akan beraksi di peringkat suku akhir pada esok. Saingan separuh akhir dan final juga akan berlangsung Ahad. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad