web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Sayonara' Barcelona - Messi

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2021 9:25AM

Lionel Messi akan mengakhiri karier selama 20 tahun dengan Barcelona selepas bintang Argentina ini gagal mencapai persetujuan mengenai kontrak baru dengan kelab berkenaan. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lionel Messi, 34, akan meninggalkan kelab Barcelona ekoran masalah masalah kewangan yang menghalang kelab berkenaan daripada mengikat kontrak baru dengan bintang Argentina itu.

Pengumuman berakhirnya hubungan Barcelona dengan Messi dibuat menerusi satu kenyataan rasmi.

''Meskipun telah mencapai kesepakatan dengan Messi dan kedua-dua pihak jelas mahu menandatangani kontrak baru ini, ia tidak dapat diselesaikan kerana masalah kewangan dan struktur (peraturan berkaitan Liga Sepanyol).

"Memandangkan situasi ini, Messi tidak akan meneruskan hubungannya dengan Barcelona. Kedua-dua pihak amat kesal kerana hasrat pemain dan kelab tidak dapat dipenuhi.

''Barca ingin mengucapkan terima kasih sepenuh hati kepada Messi atas sumbangannya terhadap peningkatan kelab dan mengucapkan yang terbaik dalam kehidupan peribadi dan profesionalnya.''

Messi menyertai Barcelona di dalam pasukan junior pada tahun 2000, dan selang empat tahun, beliau menyertai skuad utama.

Sejak itu rekod demi rekod dibuat oleh Messi bersama Barcelona.

Kelab Sepanyol perlu mematuhi had perbelanjaan merangkumi wang yang dibelanjakan untuk gaji dan pendaftaran, yang ditentukan oleh LaLiga.

Dalam pada itu, sumber di Paris Saint-Germain (PSG) memaklumkan kepada ESPN, bahawa mereka tetap yakin dapat mencapai persetujuan dengan Messi sekiranya beliau meninggalkan Barcelona - namun ragu-ragu atas apa yang berlaku dan percaya langkah terbaru itu bertujuan untuk menahannya di Champ Nou.

Sumber juga memberitahu, Messi telah menghubungi presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi dan pengarah sukan Leonardo selepas Barca membuat pengumuman berkenaan pada Khamis.

Wakil PSG sebelum ini telah berusaha selama berminggu-minggu untuk mengadakan rundingan dengan Messi, yang juga akan menyaksikan Neymar serta Kylian Mbappe kekal di Paris.

Sebelum ini PSG merasakan ia tidak mungkin dapat mencapai perjanjian dengan Messi kerana percaya Messi akan kekal di Barcelona.

Tidak dapat dipastikan sama ada Manchester City, akan turut terlibat dalam pembidaan ini. Juara Liga Perdana itu pernah berhasrat mengambil Messi pada musim lalu namun ia telah menandatangani perjanjian dengan Jack Grealish, pada harga £ 100 juta, Khamis lalu.

Barca telah membelanjakan lebih €600 juta sebelum pandemik COVID melanda namun ia terpaksa dikurangkan kepada €347 juta pada musim lalu, dan angka berkenaan dijangka dikurangkan lagi menjelang kempen akan datang.

Justeru untuk mendaftar kontrak baru dengan Messi, kelab Catalan itu perlu mengurangkan gaji pemain itu atau membawa sejumlah wang sebagai pertukaran.

Kelab itu juga gagal untuk mencapai persetujuan dengan beberapa pemain lain yang telah lama berada bersama Barca ekoran isu melibatkan pemotongan gaji.

Pada masa ini, perbincangan masih dijalankan dengan Gerard Pique, Sergio Busquets, Jordi Alba dan Sergi Roberto berhubung pelarasan gaji. - ESPN

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad