web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rossi Umum Bersara Penghujung Musim MotoGP 2021

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2021 7:26AM

Gambar fail menunjukkan Valentino Rossi meraikan kejayaan menduduki tempat kedua dalam San Marino Moto GP Grand Prix di Misano. Beliau mengumumkan persaraan selepas 26 tahun menyinari sukan ini. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Juara sembilan kali, Valentino Rossi mengumumkan persaraan pada penghujung musim Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) 2021.

Bercakap pada satu sidang media sebelum Styrian Grand Prix, Rossi, 42 tahun menyifatkan keputusan itu sebagai 'saat-saat yang amat menyedihkan'.

Beliau merupakan satu-satunya penunggang dalam sejarah yang pernah memenangi kejuaraan dunia dalam kategori 125cc, 250cc, 500cc dan MotoGP.

''Amat sukar untuk menyatakannya dan mengetahui bahawa pada tahun depan saya tidak akan berlumba motorsikal lagi,'' kata Rossi.

Beliau memulakan kariernya pada 1996 dengan kelas 125cc.

Rossi, yang berpindah ke Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) untuk kempen 2021, sekadar berada dalam kedudukan ke-19 selepas sembilan perlumbaan.

Namun beliau adalah satu-satunya penunggang yang memulakan 400 perlumbaan atau lebih dalam sejarah sukan itu, dan telah menjulang 115 kejayaan, dengan rekod 89 kemenangan di MotoGP.

Mengulas lanjut, Rossi berkata, beliau menikmati kariernya pada 'saat-saat yang tidak dapat dilupakan'.

''Ia sangat baik, saya sangat menikmatinya, ini adalah perjalanan yang panjang dan sangat menyeronokkan.

''25-26 tahun dalam Kejuaraan Dunia, jadi ia adalah hebat.

''Tahun depan, hidup saya akan berubah,'' katanya. - BBC Sport

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 11 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad