web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Cabaran Azizulhasni, Shah Firdaus Dalam Acara Pecut Berakhir

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2021 5:09PM

Azizulhasni (kiri) hanya mampu menamatkan saingan pusingan repechagenya di tempat kedua. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Cabaran Malaysia dalam acara pecut berbasikal trek berakhir hari ini, apabila kedua-dua pelumba negara yang bertanding hari ini, gagal melayakkan diri ke peringkat suku akhir di Olimpik Tokyo di sini hari ini.

Kedua-dua atlet negara itu tewas dalam perlumbaan pusingan ketiga 1/8 hari ini, Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom juga tewas dalam perlumbaan Repechage 1/8 dalam saringan masing-masing, pada acara yang berlangsung di Veledrom Izu.

Juara bertahan dari Great Britain Jason Kenny, dengan kayuhan lebih bertenaga mencatatkan 10.066 saat (s) dan meninggalkan Azizulhasni di tempat kedua dan pelumba tuan rumah Yuta Wakimoto ketiga pada Saringan Satu perlumbaan Repechages 1/8.

Pada perlumbaan Saringan Dua, Muhammad Shah Firdaus menamatkan perlumbaan hari ini di tempat ketiga, di belakang pelumba Perancis Sebastien Vigier yang memenangi perlumbaan dengan catatan 10.169s, manakala Sam Webster dari New Sealand di tempat kedua.

Shah Firdaus Sahrom (kiri) menamatkan saingan pusingan repechagenya di tangga ke tiga. - Gambar AFP
Shah Firdaus Sahrom (kiri) menamatkan saingan pusingan repechagenya di tangga ke tiga. - Gambar AFP

Pemenang setiap saringan layak ke suku akhir.

Sementara itu dua pelumba Belanda Jeffrey Hoogland dan Harrie Lavreysen masing-masing memenangi perlumbaan ketika bertemu Azizulhasni dan Muhammad Shah Firdaus pada perlumbaan Pusingan Ketiga 1/8 hari ini.

Hoogland yang memecahkan rekod Olimpik dengan masa 9.215 saat dalam pusingan kelayakan pada Rabu (4 Ogos), memenangi perlumbaan dengan mencatatkan masa 9.831s iaitu 0.040s lebih pantas daripada Azizulhasni pada perlumbaan saringan Saringan Satu.

Sementara itu Muhammad Shah Firdaus gagal membalas dendam kekalahan kepada Lavreysen pada perlumbaan Pusingan Pertama 1/32 semalam, apabila sekali lagi tewas kepada pelumba Belanda itu yang mencatatkan masa 9.635s untuk memenangi perlumbaan Saringan Dua hari ini.

Kedua-dua pelumba negara itu kini  akan meneruskan perjuangan mereka di Olimpik Tokyo dalam acara keirin lelaki yang akan berlangsung pada Sabtu (7 Ogos).

Azizulhasni merupakan pelumba berbasikal trek negara pertama memenangi pingat Olimpik, apabila pelumba dari Terengganu itu memenangi pingat gangsa di Olimpik Rio 2016, lima tahun lepas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Paris 2024: Azizulhasni Perlu Berhati-Hati Mainan Taktikal Lawan

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Shah Firdaus Layak Digelar 'Terminator’ - Mohd Azizulhasni

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Mohd Azizulhasni Juara Keirin, Ulangi Pencapaian Emas Berganda

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Juara Dunia Aaron-Wooi Yik Ceriakan Arena Sukan Negara 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 20 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad