web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Terengganu FC Tewaskan PJ City FC 3-0

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2021 8:07AM

Pemain TFC meraikan jaringan gol. - Gambar dari Facebook TFC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Terengganu FC (TFC) kembali meneruskan misi bagi mengejar kedudukan pendahulu Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT), apabila menewaskan Petaling Jaya City FC 3-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam tadi.

Skuad penyu yang kini mengumpul 34 mata, membuka jaringan seawal minit ke-13 menerusi pemain import Marcell N’Guessan yang sekali gus memberikan kelegaan kepada pasukan itu, selepas seri ketika bertemu Sabah pada Ahad lepas.

Bersambung babak kedua, tuan rumah gagal memberikan sebarang impak untuk menyamakan kedudukan, sebelum pemain TFC David Da Silva meledak gol kedua pada minit ke-89, sebelum Rahmat Makasuf menjaringkan gol ketiga di minit-minit terakhir wisel penamat.

Di KOTA KINABALU, Sabah FC yang bertemu Kuala Lumpur City FC sekadar berkongsi satu mata, selepas terikat 1-1 di Stadium Likas.

Pada perlawanan itu, Kuala Lumpur City FC mendahului apabila pertahanan Sabah FC Randy Baruh, menjaringkan gol sendiri ketika cuba mengeluarkan bola dari gawang, namun Sabah FC berjaya menidakkan kemenangan pasukan pelawat, menerusi jaringan Levy Medinda pada minit ke-66.

Dalam aksi Liga Premier, dalam pertemuan antara skuad Projek FAM-MSN dan Negeri Sembilan FC di Stadium Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, menyaksikan perlawanan berkesudahan dengan keputusan 2-1.

Skuad kendalian K Devan menambah luka skuad FAM-MSN yang berterusan dihimpit ‘kemarau’ untuk mengutip tiga mata pertamanya, setelah memperolehi gol menerusi sepakan penalti Alain Thierry Akono pada minit ke-10, dan kapten pasukan Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak pada minit ke-54.

Gol tunggal skuad Projek FAM-MSN disumbang Azhad Harraz Arman hadir pada minit ke-66.

Aksi Perak FC II menentang Johor Darul Ta'zim II (JDT II) di Stadium Perak, Ipoh pula berkesudahan dengan keputusan 2-0.

Sementara di Stadium Sultan Muhammad lV, Kota Bharu, pasukan Kelantan United dan Selangor FC terikat 2-2, dalam perlawanan yang berlangsung petang tadi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: JDT Berpesta Gol Tewaskan Penang FC 5-0

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Selangor Jinakkan Penang 4-1, Rampas Kedudukan Kedua Liga Super

3

Sukan 1 tahun yang lalu

KL City Atasi Selangor 1-0 Di Laman Sendiri

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 10 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar