web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Olimpik: Hari Yang Mendebarkan Bagi Kontinjen Negara

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2021 10:11PM

Pandelela mengesahkan tempat ke saingan separuh akhir acara 10 meter platform wanita yang dijadual berlangsung esok di Pusat Akuatik Tokyo. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Kontinjen Malaysia berdepan detik mendebarkan pada hari ke-13 temasya Sukan Olimpik Tokyo berlangsung hari ini, sebelum tiga wakil negara mara ke pusingan seterusnya yang akan berlangsung pada Khamis (5 Ogos).

Bermula di Pusat Akuatik Tokyo, kem Malaysia menghadapi saat mencemaskan sebelum ratu terjun negara Pandelela Rinong, mengesahkan tempat ke saingan separuh akhir acara 10 meter platform wanita yang dijadual berlangsung esok.

Penerjun berusia 28 tahun itu, terpaksa berdepan detik cemas sehingga ke penghujung saingan sebelum layak ke separuh akhir apabila kedudukannya sentiasa berubah, sedangkan beberapa penerjun lain belum membuat terjunan masing-masing di pusingan kelima dan terakhir itu.

Penerjun kelahiran Sarawak itu yang memenangi pingat gangsa dalam acara itu pada edisi London 2012, akhirnya layak apabila menamatkan pusingan kelayakan tersebut di kedudukan ke-18 yang juga slot terakhir ke separuh akhir, selepas mengutip 284.90 mata selepas lima terjunan.

Lapan belas penerjun terbaik akan bersaing pada separuh akhir pada 10 pagi waktu tempatan (9 pagi waktu Malaysia) Khamis, sebelum 12 penerjun terbaik akan bertanding pada peringkat akhir, yang dijadual pada 3 petang waktu tempatan (2 petang waktu Malaysia) pada hari sama.

Dalam pada itu, cabaran seorang lagi penerjun negara Cheong Jun Hoong terkandas di pusingan kelayakan, selepas menamatkan aksi di tempat ke-26 setelah mengumpul 251.80 mata.

Situasi mendebarkan turut dirasai di Velodrom Izu, Shizuoka, kira-kira 175 kilometer dari bandar raya ini, sebelum jaguh lumba basikal negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom, masing-masing berjaya menempah tempat ke pusingan ketiga, acara pecut individu lelaki.

Namun, kedua-dua pelumba itu mengharungi laluan sukar apabila terpaksa bersaing dalam pusingan repechage, selepas tumpas di pusingan kedua perlumbaan yang berlangsung petang ini.

Azizulhasni mengesahkan tiket ke pusingan ketiga atau 1/8 itu apabila mempamerkan kayuhan bertenaga untuk menumpaskan pelumba Kanada, Nick Wammes.

Muhammad Shah Firdaus pula terpaksa beraksi dua kali dalam pusingan repechage 1/16 selepas terlanggar pelumba Poland Patryk Rajkowski, sehingga menyebabkan lawannya itu terjatuh.

Pada perlumbaan diadakan semula, Muhammad Shah Firdaus, 25, yang membuat penampilan pertama di pentas Olimpik, tidak berdepan masalah untuk mengatasi Rajkowski untuk menempah slot ke pusingan ketiga.

Azizulhasni, bagaimanapun bakal berdepan tugas berat pada saringan pertama Pusingan Ketiga itu apabila dijadual berdepan pelumba Belanda Jeffrey Hoogland, yang memecahkan rekod Olimpik 9.215 saat, yang dicatat pada pusingan kelayakan awal hari ini.

Sementara, Muhammad Shah Firdaus berpeluang untuk membalas dendam atas kekalahannya kepada Harrie Lavreysen, juga dari Belanda pada Pusingan Pertama atau 1/32 hari ini, apabila kedua-dua mereka akan bertemu semula pada saingan kedua, Pusingan Ketiga, esok.

Pusingan ketiga itu akan berlangsung pada 3.48 petang waktu tempatan (2.48 waktu Malaysia). Sekiranya berjaya mengatasi lawan masing-masing, kedua-dua pelumba negara akan bersaing di peringkat suku akhir pada hari yang sama, esok.

Di Kasumigaseki Country Club, pemain golf wanita utama negara Kelly Tan memulakan aksi pusingan pertama dengan berkongsi kedudukan ke-41, bersama lima pemain lain selepas mencatat dua atas par 73.

Pemain berusia 26 tahun itu memulakan aksi dengan catatan kurang memuaskan apabila mencatat tiga bogey pada sembilan lubang pertama (1, 6, 9), namun berjaya memperbaikinya dengan melakukan tiga birdie pada lubang 11, 14 dan 15.

Bagaimanapun, double bogey pada lubang 16 (par 3) menyaksikan wakil tunggal Malaysia dalam acara golf wanita pada temasya Olimpik Tokyo itu, menamatkan aksi dengan dua atas par 73 pada saingan disertai 60 pemain itu. 

Pusingan kedua akan bersambung esok. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad