web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ocon Juara GP Hungary, Hamilton Ambil Alih Teraju Kejuaraan Dunia

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2021 8:58AM

Ocon (kanan) meraikan kemenangannya di atas podium bersama seorang ahli pasukan Alpine. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUDAPEST - Lewis Hamilton mungkin terlepas peluang untuk mencatatkan kemenangan ke-100 beliau tetapi berjaya mengambil alih sebagai peneraju kejuaraan dunia Formula Satu di GP Hungary yang menyaksikan Esteban Ocon dari Perancis mengecapi kemenangan pertama kariernya.

Selepas kesilapan taktikal daripada pasukan Mercedes menyebabkan Hamilton, yang memulakan perlumbaan dari petak pertama, berada di tempat tercorot.

Juara dunia tujuh kali itu berusaha untuk memintas satu demi satu pelumba lain sehinggalah berjumpa dengan rakan sepasukan Alpine Ocon, Fernando Alonso.

Hamilton bergelut untuk memintas Alonso tetapi berjaya juga akhirnya dan menamatkan perlumbaan di tangga ketiga.

Sebastian Vettel menghuni tangga kedua, tetapi kemudian bekas juara dunia empat kali itu disingkirkan daripada perlumbaan kerana melanggar peraturan bahan bakar.

Ini menyebabkan Hamilton dinaikkan satu anak tangga dan pemandu Ferrari Carlos Sainz melengkapkan podium

Ocon, yang berusia 24 tahun, mengawal perlumbaan daripada depan dan melintasi garis penamat untuk kemenangan pertamanya dalam 78 perlumbaan untuk pasukan baharu Alpine.

“Detik ini rasa hebat sekali.

“Apa lagi yang boleh saya katakan? Tahniah kepada Fernando Alonso juga, dia memainkan peranan dalam kemenangan saya ini kerana bersaing dengan hebat.

“Ini satu usaha berpasukan. Ia adalah hari yang hebat buat kami,” kata Ocon.

Jentera Red Bull Max Verstappen mengalami kerosakan dalam insiden kemalangan yang menyebabkan lima kereta tersadai.

Pemandu dari Belanda itu menamatkan perlumbaan di tangga kesepuluh dan kemudian dinaikkan ke tangga kesembilan selepas penyingkiran Vettel. - AFP

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Lewis Hamilton Melawat SMK Seri Keramat

2

Semasa 3 tahun yang lalu

LIMA 2023: Jumlah Penyertaan Syarikat Mungkin Cecah 1,200

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Tiket MotoGP: KBS Komited Perjuang Pengurangan Cukai Hiburan

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Grand Prix F1 Singapura 2022 Catat Rekod Penonton Paling Ramai - Penganjur Perlumbaan

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad