web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


LIMA 2023: Jumlah Penyertaan Syarikat Mungkin Cecah 1,200

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2023 11:18AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Setelah kali terakhir diadakan empat tahun lepas, Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) akan kembali mencuri tumpuan dengan edisi ke-16 bulan depan, dijangka melibatkan 1,200 syarikat dari dalam dan luar negara pada pameran berkenaan, sekali gus menjadikan acara kali ini yang terbesar pernah diadakan.

Pengarah Eksekutif Alphine Intergrated Solution Muhammad Aqlan Pacleb berkata ini kerana kemungkinan ada beberapa syarikat yang menyertai LIMA 2023, mempunyai lebih dari satu anak syarikat yang turut berpotensi terlibat sama dalam pameran berkenaan.

“Kalau kita boleh dapatkan 1,200 (syarikat), dalam konteks inilah kita katakan LIMA kali ini lebih besar dan belum termasuk lagi agensi sokongan kerajaan yang terlibat dengan LIMA 2023. Jadi, jumlahnya telah meningkat,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Bernama.

Muhammad Aqlan berkata dengan penyertaan memberangsangkan yang diterima, beliau merasakan adalah wajar untuk Dewan Mahsuri di Langkawi, venue utama bagi penganjuran LIMA, diperluas lagi susulan maklum balas daripada penggiat industri berkaitan terutama sektor aeroangkasa.

“Saya dengan bangganya boleh mengatakan bahawa sebagai penganjur kali ini, kami akan mempunyai pertahanan terbesar, keselamatan termasuk dalam maritim dan aeroangkasa, serta komersial di rantau ini,” katanya.

LIMA secara tradisinya melibatkan Kementerian Pertahanan kerana ia berkaitan pembangunan industri pertahanan namun pada edisi 2019 dan edisi kali ini, ia melibatkan Kementerian Pertahanan bagi Industri Pertahanan Maritim dan Aerongkasa serta Kementerian Pengangkutan (Industri Komersil Maritim dan Aeroangkasa).

Muhammad Aqlan berkata faktor lain menjadikan LIMA kali ini dilihat amat baik dalam aspek penyertaan pempamer kerana penganjurannya melibatkan kerjasama pelbagai kementerian yang komited memastikan kejayaan acara berkenaan sehingga meyakinkan banyak syarikat tempatan dan antarabangsa untuk menyertai pameran tersebut.

“Kami tidak akan melihat (pameran) ini di bahagian lain dunia. Melalui LIMA kita melihat MINDEF dan MOT bekerjasama. Selain itu, agensi seperti MOTAC (Kementerian Pelancongan, Kesenian, dan Kebudayaan), KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup), serta kerajaan Kedah juga sangat membantu untuk memastikan kejayaan LIMA,” katanya.

LIMA 2023 bertemakan ‘Titik Perhubungan Perdagangan Maritim dan Aeroangkasa Asia’ akan berlangsung pada 23 hingga 27 Mei.

Sementara itu, Pengarah Urusan Alpine, Anita Jacobson berkata setakat ini, 70 peratus daripada 600 pempamer yang telah mengesahkan penyertaan adalah syarikat antarabangsa melibatkan 30 negara.

Beliau berkata jumlah penyertaan tersebut adalah yang terbesar berbanding penglibatan 400 syarikat pada 2019.

“Kami masih lagi menjual ruang pameran sebab masih banyak permintaan … mungkin kita akan jual sehingga selepas Aidilfitri,” katanya menambah kini masih terdapat kekosongan antara 10 hingga 15 ruang pameran,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Autoshow 2024: Lebih 200 Model Kereta Dan Motosikal Jenama Terkemuka Dipamer

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Majikan, Syarikat Swasta Disaran Lihat Alternatif Lain Bantu Pelajar Latihan Industri

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Pegawai APMM Dipercayai Hilang Ketika Mendaki Telaga Tujuh

4

Semasa 3 tahun yang lalu

KKD Akan Panggil Penganjur Konsert Coldplay - Fahmi

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 19 jam yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad