web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Farah Ann Sifatkan Olimpik Tokyo, Paling Sukar Tapi Manis

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2021 8:27AM

Farah Ann tiba dari Jepun pada Selasa lepas membuat penampilan Olimpik pertamanya di Tokyo. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ratu gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi telah mewakili negara dalam pelbagai peringkat sejak sekian lama termasuk lima Kejohanan Dunia, namun tiada yang menyamai pengalamannya menyertai Olimpik Tokyo 2020 buat pertama kalinya.

Gimnas berusia 27 tahun itu berkata, bertanding di Olimpik merupakan suatu yang paling sukar dan perkara yang beliau sendiri tidak percaya berjaya dilakukannya, dalam keseluruhan penglibatannya dalam sukan dan Olimpik Tokyo akan menjadi suatu yang akan paling beliau ingat.

“Ia suatu yang amat mencabar, secara mental dan fizikal. Bagaimanapun, ia adalah impian saya sejak berusia tiga tahun, dan bertanding di peringkat Olimpik adalah satu perasaan yang paling menakjubkan dan tidak dapat digambarkan.

“Saya terdiam sebaik selepas bergerak meninggalkan gelanggang pertandingan dengan perasaan bangga dan perasaan yang akhirnya saya berjaya lakukannya. Sebaik bangun dari tidur sehari selepas pertandingan, saya menangis.

“Saya berasa bangga kerana berjaya melengkapkan sasaran hebat ini. Saya telah lakukan yang terbaik atas apa yang termampu di Olimpik,” katanya dalam hantaran di media sosial.

Pemenang tujuh pingat emas Sukan SEA itu kini sedang menjalani kuarantin wajib 14 hari di sebuah hotel di sini sebaik tiba dari Jepun pada Selasa (27 Julai).

Gimnas dengan senyuman yang menawan itu turut berterima kasih kepada keluarganya, jurulatihnya Nataliya Sinkova dan Ng Shu Wai, rakan-rakan, semua pihak berkepentingan dan peminat, kerana menjadikan impian Olimpiknya menjadi satu kenyataan dan sokongan terhadapnya yang tidak berbelah bahagi.

“Nataliya telah bersama saya sejak saya berusia lapan tahun. Dia memberikan galakan kepada saya, sentiasa bersama saya dan bantu saya secara fizikal dan mental dalam perjalanan saya menuju ke Olimpik. Saya amat bersyukur kerana anda menjadi jurulatih saya.

“Shu Wai telah bantu saya, latih saya dan ajarkan saya banyak perkara mengenai diri saya sebagai seorang gimnas sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Terima kasih untuk semua, saya amat bersyukur. Kepada semua jurulatih yang telah melatih saya sejak dahulu - tunjuk ajar anda semua amat bernilai sekali, terima kasih,” katanya.

Farah Ann yang membuat penampilan Olimpik pertamanya di Tokyo, tidak dapat melayakkan diri ke pusingan akhir acara all-around selepas menduduki tempat ke-68 daripada 85 atlet keseluruhan, selepas mencatatkan mata keseluruhan 48.565, di Pusat Gimnastik Ariake, Tokyo pada 25 Julai.

Beliau mengutip 11.600 mata dalam aparatus palang bertingkat, palang imbangan (11.566 mata), disiplin senam lantai (12.233 mata) dan melombol (13.166 mata). - Bernama

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 8 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad