web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Pingat Kedua Buat Malaysia Pada Hari Ke-10 Olimpik Tokyo

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2021 8:31PM

Gavin gagal memperbaiki pencapaiannya pada edisi lepas. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Tiada kilauan pingat kedua buat kontinjen Malaysia pada hari ke-10 temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 hari ini, selepas penerjun wanita negara Nur Dhabitah Sabri menamatkan cabaran di tempat keempat di Pusat Akuatik Tokyo.

Nur Dhabitah terpaksa akur di kedudukan keempat saingan akhir 3 meter (m) papan anjal wanita individu setelah mengumpul 326.15 mata selepas lima pusingan.

Juara bertahan dari China Shi Tingmao, yang mengumpul 383.50 mata memenangi pingat emas, manakala rakan senegaranya, Wang Han meraih perak setelah mengutip 348.75 mata, sementara pingat gangsa milik Krysta Palmer setelah penerjun Amerika Syarikat itu mencatat 343.75 mata.

Namun, biarpun terlepas peluang menyumbangkan pingat kedua kepada Malaysia hari ini, aksi Nur Dhabitah mencuri tumpuan rakyat Malaysia sehingga menjadi ‘trending’ di media sosial, apabila penerjun kelahiran Kuala Lumpur itu sentiasa mengukir senyuman ketika melakukan terjunan.

Ditanya mengenai penampilannya yang sentiasa senyum ketika melakukan terjunan, Nur Dhabitah berkata beliau benar-benar menikmati sepenuhnya suasana saingan hari ini, apatah lagi dapat beraksi di pentas akhir.

Di Enoshima Yacht Harbour, kerosakan pada sistem layar ‘spinnaker’ atau layar ketiga bot menjejaskan saingan hari keempat Nuraisyah Jamil dan Juni Karimah Noor Jamali dalam acara International 470 Wanita, hari ini.

Situasi tersebut menyebabkan Nuraisyah dan Juni gagal menamatkan perlumbaan kelapan.

Terdahulu, gandingan negara itu menamatkan saingan di tempat ke-20 pada perlumbaan ketujuh awal hari ini, menyaksikan gandingan Hannah Mills-Eilidh McIntyre dari Great Britain mengungguli saingan tersebut.

Selepas lapan perlumbaan, Nuraisyah-Juni berada di kedudukan ke-20 daripada 21 pelayar secara keseluruhan, dengan 130 mata bersih manakala Hannah-Eilidh mendahului carta dengan catatan 18 mata bersih.

Perlumbaan kesembilan dan ke-10 akan bersambung esok.

Sementara itu, pemain golf negara Gavin Green gagal memperbaiki pencapaiannya pada edisi lepas, apabila menamatkan cabaran pada Sukan Olimpik Tokyo dengan berkongsi kedudukan ke-57, selepas mencatat keseluruhan empat atas par 288 dalam saingan empat pusingan itu.

Pemain berusia 27 tahun itu mencatat 74-72-70-72 untuk berkongsi kedudukan dengan atlet Puerto Rico Rafael Campos (73-73-70-72), daripada 60 pemain yang bertanding dalam acara tersebut.

Juara empat kali Jelajah Persatuan Pemain Golf Profesional (PGA) Xander Schauffele dari Amerika Syarikat, meraih pingat emas selepas mencatat 18 bawah par 266.

Pada temasya edisi Rio 2016, Gavin menamatkan saingan di tempat ke-47 selepas acara berkenaan kembali dipertandingkan di pentas Olimpik selepas tempoh 112 tahun.

Berikutan berakhirnya acara lelaki individu, pemain golf wanita utama negara Kelly Tan akan memulakan aksi dalam acara wanita individu pada Rabu depan.

Semalam, pasangan Aaron Chia-Wooi Yik menyumbangkan pingat gangsa yang juga pingat pertama Malaysia di Sukan Olimpik Tokyo, apabila menumpaskan beregu Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan, 17-21, 21-17, 21-14 pada aksi penentuan tempat ketiga dan keempat di Musashino Forest Sport Plaza. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Peguam Negara Dahului Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Pingat Sempena Keputeraan Agong

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Kami Boleh Bersara Jika Ada Atlet Pelapis - Pandelela

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Bekas KSU MOTAC Ketuai 302 Penerima Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Persekutuan

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Kejayaan Raih 32 Pingat Di Sukan Asia Hangzhou Tutup Mulut Pengkritik  

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 22 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar