web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wooi Yik Tunai ‘Hajat’ Soo Beng Kiang Di Pentas Olimpik

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2021 2:57PM

Wooi Yik berkata pada setiap kali pertandingan terutamanya melibatkan kejohanan utama, bapa saudaranya itu sentiasa memberi motivasi. - Gambar dari Instagram Wooi Yik

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Di sebalik pencapaian pemain beregu lelaki negara Soh Wooi Yik meraih pingat gangsa pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 semalam, ada individu yang sering memberi kata-kata semangat kepada pemain muda itu sebelum turun berjuang untuk meraih kejayaan.

Individu berkenaan, menurut Wooi Yik adalah bekas pemain beregu utama negara, Soo Beng Kiang yang juga merupakan bapa saudaranya.

Wooi Yik berkata pada setiap kali pertandingan terutamanya melibatkan kejohanan utama, bapa saudaranya itu sentiasa memberi motivasi dan berkongsi petua sebelum turun beraksi.

“Dia (Beng Kiang) selalu memberi motivasi kepada saya, dia juga ada menghantar mesej dan beri tips. Malah, sebelum datang ke Tokyo, dia ada juga memberi kata-kata semangat.

“Semestinya saya perlu berterima kasih kepada dia atas kejayaan ini,” kata pemain kelahiran Kuala Lumpur itu.

Pada aksi di Musashino Forest Sport Plaza, malam tadi, pasangan Aaron Chia-Wooi Yik tidak menghampakan jutaan peminat sukan tanah air apabila menumpaskan beregu Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan pada aksi penentuan pingat gangsa.

Kejayaan menundukkan beregu pengalaman Indonesia itu 17-21, 21-17, 21-14, sekali gus menghadirkan pingat gangsa yang juga pingat pertama Malaysia di Sukan Olimpik Tokyo.

Wooi Yik berkata kejayaan meraih pingat gangsa Sukan Olimpik itu juga mempunyai nilai sentimental dalam keluarga mereka kerana bapa saudaranya itu tidak pernah mengecapi kejayaan tersebut ketika mewakili Malaysia pada temasya sukan berkenaan.

“Apa yang dia tidak dapat capai (semasa bergelar pemain), saya sudah capaikan untuk keluarga kami. Saya sangat bangga dengan kejayaan ini,” kata pemain berusia 23 tahun itu, yang juga merupakan anak kepada bekas pemain kebangsaan Soh Goon Chup.

Ketika bergelar pemain, Beng Kiang pernah bergandingan dengan pemain lain, termasuk Cheah Soon Kit (1990-1994) dan Tan Kim Her (1995-1996).

Sepanjang kariernya, Beng Kiang pernah merangkul pelbagai kejayaan termasuk berpasangan dengan Soon Kit bagi membantu Malaysia menjuarai Piala Thomas 1992.

Namun di pentas Olimpik, Beng Kiang gagal meraih sebarang pingat dan pencapaian terbaiknya adalah pada edisi Atlanta 1996 bergandingan dengan Kim Her apabila menduduki tempat keempat selepas tumpas pada aksi penentuan pingat gangsa.

Dalam pada itu, Wooi Yik berkata beliau sangat bangga dapat menyumbangkan pingat pertama buat negara pada temasya Olimpik Tokyo, biarpun bukan kilauan emas.

“Permainan kami di sini (Tokyo) semakin matang. Kami berjaya atasi tekanan berdepan situasi genting dan pengalaman ini sangat bagus untuk kami menghadapi kejohanan akan datang,” katanya.

Sementara itu, Aaron berkata kejayaan meraih pingat gangsa pada temasya sukan berprestij itu memberi lebih keyakinan kepada mereka untuk meraih lebih banyak gelaran pada kejohanan utama badminton pada masa akan datang.

“Kami sangat gembira dapat menyumbangkan satu pingat kepada negara, dan untuk diri sendiri dalam karier kami selepas ini. Kami akan lebih berkeyakinan apabila bermain pada kejohanan akan datang,” katanya.

Berikutan kejayaan itu, Aaron mengakui tidak mahu memberi tekanan kepada diri mereka berdua sekiranya dapat beraksi di Olimpik Paris 2024, sebaliknya akan berusaha keras untuk merangkul pingat emas pada temasya tersebut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris 2024: Aaron, Wooi Yik Berdepan Beregu Nombor 1 Dunia 

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Terbuka Indonesia: Jun Hao Teruskan Aksi Cemerlang, Aaron- Wooi Yik 'Pulang Awal'

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Impian Wan Muhammad Arif-Roy King Rangkul Gelaran Sulung Jelajah Dunia Di Madrid Lebur

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad