web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pingat Pertama Ceriakan Kontinjen Malaysia Pada Hari Kesembilan Olimpik Tokyo

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2021 8:40AM

Aaron Chia (kanan) dan Soh Wooi Yik bergambar bersama pingat gangsa yang dimenangi di Olimpik Tokyo semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Memasuki hari sembilan berlangsungnya Sukan Olimpik Tokyo 2020 semalam, Kontinjen Malaysia boleh menarik nafas lega apabila beregu badminton lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik menyumbangkan pingat pertama buat negara pada temasya sukan berprestij itu.

Biarpun bukan kilauan emas, pingat gangsa yang diperoleh Aaron-Wooi Yik itu cukup bermakna selepas Kontinjen Malaysia ketandusan pingat setelah beberapa atlet negara yang menjadi sandaran gagal merealisasikan sasaran yang diharapkan.

Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia yang diharapkan menghadirkan pingat buat negara terkandas di pusingan 16 terbaik, begitu juga dengan gandingan Pandelela Rinong-Leong Mun Yee dalam acara terjun 10 meter platform seirama wanita.

Turun membawa harapan jutaan rakyat Malaysia agar pingat gangsa yang juga pingat pertama itu menjadi milik Malaysia, pasangan Aaron-Wooi Yik tidak menghampakan apabila menundukkan beregu Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 17-21, 21-17, 21-14 dalam perlawanan di Musashino Forest Sport Plaza, di sini, malam tadi.

Pusat Akuatik Tokyo turut menjelmakan khabar gembira apabila penerjun negara Nur Dhabitah Sabri berada pada landasan yang betul dalam memburu pingat Sukan Olimpik Tokyo selepas layak ke saingan akhir acara 3 meter (m) papan anjal wanita individu.

Penerjun berusia 22 tahun itu mempamerkan terjunan konsisten dalam kelima-lima terjunan, menyaksikannya yang bermula di tempat kesembilan pada terjunan pertama melonjak ke kedudukan keenam selepas lima terjunan.

Beliau mengumpul 312.60 mata keseluruhan pada saingan separuh akhir semalam. Hanya 12 penerjun terbaik layak ke akhir yang dijadual pada 3 petang waktu tempatan (2 petang waktu Malaysia) pada Ahad (1 Ogos).

Di Kasumigaseki Country Club, pemain golf utama negara Gavin Green mempamerkan permainan memuaskan dengan melakukan pukulan satu bawah par 70 di pusingan ketiga semalam, namun masih gagal memperbaiki kedudukannya daripada menghuni kedudukan tiga terbawah.

Pemain berusia 27 tahun itu yang mencatat tiga atas par 74 dan satu atas par 72, masing-masing di pusingan pertama dan kedua, melakukan lima birdie dan empat bogey semalam, untuk mencatat keseluruhan tiga atas par 216 sekali gus berkongsi kedudukan bersama pemain Puerto Rico Rafael Campos (73-73-70) di tempat ke-58 daripada 60 pemain.

Juara empat kali Jelajah Persatuan Pemain Golf Profesional (PGA) Xander Schauffele dari Amerika Syarikat kekal mendahului saingan apabila melakukan tiga bawah par 68 semalam, sekali gus mengungguli saingan dengan keseluruhan 14 bawah par 199.

Pusingan keempat dan akhir dijadual berlangsung pada 7.30 pagi waktu tempatan (6.30 pagi waktu Malaysia) Ahad (1 Ogos).

Sementara itu, cabaran jaguh memanah negara Khairul Anuar Mohamad di Sukan Olimpik Tokyo berakhir apabila terkandas pada pusingan ketiga acara Recurve Individu Lelaki, semalam.

Pemanah kelahiran Kemaman, Terengganu itu gagal menyaingi kehebatan pemanah Korea Selatan Kim Woo-jin, yang juga bekas juara dunia, apabila tumpas 6-0 pada aksi yang berlangsung di Lapangan Memanah Yumenoshima.

Kim Woo-jin, yang menghuni ranking kelima dunia ternyata terlalu handal apabila melakukan panahan sempurna 30 mata pada ketiga-tiga set, berbanding Khairul Anuar yang mencatat 27-27-29 mata.

Cabaran penembak wanita negara Nur Suryani Mohamed Taibi dalam acara 50 meter (m) Rifle 3 Posisi Wanita turut terhenti di pusingan kelayakan selepas menamatkan saingan di tempat ke-34 pada aksi di Lapangan Menembak Asaka, semalam.

Nur Suryani, 38, hanya mengumpul 1,142 mata dalam keseluruhan bidikannya, jauh daripada catatan terbaiknya 1,172 mata yang juga rekod kebangsaan, dan rekod tidak rasmi 1,182 mata yang dilakukan pada sesi latihan terakhir sebelum berlepas ke Tokyo.

Hanya lapan penembak terbaik daripada keseluruhan 37 peserta layak ke peringkat akhir, seterusnya akan bersaing untuk merebut pingat emas.

Sukan Olimpik Tokyo menjadi penampilan kedua Nur Suryani di temasya sukan berprestij itu selepas mencuri tumpuan peminat sukan global pada edisi London 2012 apabila bertanding dalam acara 10m Air Rifle Wanita meskipun sedang sarat mengandung lapan bulan.

Sementara itu, di Enoshima Yacht Harbour, gandingan pelayar negara Nuraisyah Jamil dan Juni Karimah Noor Jamali yang berada di kedudukan ke-20 daripada 21 peserta dalam acara International 470 Wanita,  setelah mengumpul 91 mata bersih akan meneruskan Perlumbaan Ketujuh dan Kelapan, hari ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Paris 2024: Tang Jie-Ee Wei Terus Momentum Positif, Aaron-Wooi Yik Kecundang

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Sukan Asia: Sasaran Dicapai, Perjuangan Buru Pingat Diteruskan

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Sukan Asia: Asnawi Tamat Penantian Pingat Kontinjen Malaysia Di Hangzhou

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Pertunjukan Bunga Api Digital Meriahkan Pembukaan Sukan Asia Hangzhou

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar