web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pertunjukan Bunga Api Digital Meriahkan Pembukaan Sukan Asia Hangzhou

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2023 9:00AM

Kontinjen Malaysia ketika memasuki ruang perarakan pada acara pembukaan rasmi Sukan Asia Hangzhou 2022 di Stadium Pusat Sukan Olimpik Hangzhou malam tadi. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HANGZHOU - China menyajikan persembahan yang hebat dalam acara perasmian Sukan Asia Ke-19 di sini yang memukau para atlet dan penonton dengan pertunjukan kebudayaan dan cahaya yang unik di Stadium Pusat Sukan Olimpik Hangzhou di sini, malam tadi.

Pada acara pembukaan malam tadi, persembahan bunga api tradisional digantikan dengan persembahan bunga api digital dengan animasi dan peralatan tiga dimensi seiring dengan ikrar Sukan Asia Hangzhou 2022 untuk menjadi Sukan Asia pertama yang neutral karbon dan menggunakan tenaga hijau.

Sukan Asia Hangzhou 2022 yang dirasmikan Presiden China Xi Jinping, setahun selepas ditangguhkan akibat pandemik COVID-19, juga mencatat sejarah sebagai Sukan Asia  dengan penyertaan terbesar iaitu 11,831 atlet dari 45 negara, lebih daripada 11,000 atlet yang bertanding di Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan kira-kira 10,500 atlet untuk Sukan Olimpik Paris 2024.  

China memukau penonton di dalam stadium dan mereka yang menyaksikannya di skrin dari pelbagai pelosok dunia dengan persembahan bertenaga bertema 'Peningkatan Arus Dalam Asia' menampilkan Sungai Qiantang dan gunung-ganang menghijau, yang juga mercu tanda bagi bandar raya tuan rumah.

Acara pembukaan bermula dengan persembahan dinamakan 'Water in Autumn Glow' bersempena waktu temasya sukan benua itu dirasmikan, iaitu pada Qiufen, Ekuinoks Musim Bunga di China yang jatuh pada semalam. 

Perbarisan 45 negara yang bertanding dalam temasya sukan benua itu bermula selepas bendera negara tuan rumah dibawa masuk dan lagu kebangsaan Negara Tembok Besar itu berkumandang, dengan kontinjen Afghanistan yang pertama masuk ke dalam stadium menurut turutan abjad sementara perbarisan masuk Kontinjen China menerima sorakan gemuruh daripada penonton. 

Pembawa Jalur Gemilang atlet berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan juga atlet skuasy wanita negara, S Sivasangari mengetuai kontinjen Malaysia ketika memasuki ruang perarakan pada acara pembukaan rasmi Sukan Asia Hangzhou 2022 di Stadium Pusat Sukan Olimpik Hangzhou malam tadi. gambar BERNAMA
Pembawa Jalur Gemilang atlet berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan juga atlet skuasy wanita negara, S Sivasangari mengetuai kontinjen Malaysia ketika memasuki ruang perarakan pada acara pembukaan rasmi Sukan Asia Hangzhou 2022 di Stadium Pusat Sukan Olimpik Hangzhou malam tadi. gambar BERNAMA

Kontinjen Malaysia yang menyertai temasya sukan itu buat kali ke-18 berturut-turut , memasuki stadium sebagai Kontinjen ke-22 diketuai Chef-de-Mission, Datuk Chong Kim Fatt dan bendera Jalur Gemilang yang diarak bersama oleh gandingan pelumba berbasikal trek, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan pemain skuasy, S.Sivasangari.

Sebaik sahaja kontinjen negara terdiri daripada 50 atlet dan pegawai yang nampak bergaya dengan blazer berwarna biru gelap, seluar khaki dan tali leher merah yang dikenakan atlet lelaki memasuki stadium yang boleh memuatkan 80,000 orang dan diberi nama julukan Teratai Besar, mereka menerima sorakan sokongan daripada penonton. 

Malaysia yang diwakili 288 atlet (188 lelaki dan 100 wanita) akan menyertai 22 daripada 40 sukan dengan sasaran 27 pingat.

Sejurus selepas Presiden Xi mengumumkan perasmian temasya sukan itu, bendera Majlis Olimpik Asia (OCA) dibawa masuk diikuti bacaan ikrar oleh atlet dan pengadil di hadapan orang kenamaan termasuk Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach dan Pemangku Presiden OCA, Raja Randhir Singh.

Tarikan utama lain pada acara malam tadi adalah penyalaan kawah api temasya menggunakan pembawa obor digital, terdiri daripada beratus juta peserta dalam lari berganti-ganti secara dalam talian yang menyertai pembawa obor yang berlari di dalam stadium untuk menghasilkan api yang menyalakan kawah Sukan Asia Hangzhou, yang diinspirasikan oleh ombak  besar Sungai  Qiantang. 

Sejumlah 481 acara daripada 40 sukan di pertandingkan di 54 venue dalam Sukan Asia Ke-19, yang kebanyakannya berlangsung di Hangzhou dan lima lagi bandar raya Ningbo, Wenzhou, Huzhou, Shaoxing dan Jinhua yang menjadi tuan rumah bersama. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Paris 2024: Tang Jie-Ee Wei Terus Momentum Positif, Aaron-Wooi Yik Kecundang

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Kejayaan Raih 32 Pingat Di Sukan Asia Hangzhou Tutup Mulut Pengkritik  

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Sukan Asia: Sasaran Dicapai, Perjuangan Buru Pingat Diteruskan

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Skuasy Berpeluang Bantu Kontinjen Negara Hampiri Sasaran Dengan Bergaya

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 minit yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad