web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JDT Belasah Selangor FC 3-1

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2021 8:44AM

Pemain JDT meraikan kemenangan selepas menewaskan Selangor FC pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi. - Gambar dari Facebook JOHOR Southern Tigers

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Johor Darul Ta’zim (JDT) terus unggul di persada Liga Super dan terus menjarakkan perbezaan mata, selepas menundukkan seteru utama Selangor FC 3-1, dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi.

JDT yang kini mengumpul 36 mata, dibezakan enam mata dengan Terengganu FC yang tewas 2-0 kepada Melaka United di Stadium Hang Jebat pada hari sama.

Memulakan babak pertama sebaik wisel ditiup, anak didik Benjamin Mora dan Karsten Neitzel, saling mengatur gerak dan melakukan cubaan demi cubaan, bagi memecah kebuntuan gol.

Namun Harimau Selatan akhirnya berjaya mengukir senyuman, apabila hantaran silang Matthew Davies disudahi dengan tandukan kencang Bergson Da Silva, pada minit ke-45 berjaya mencipta gol sebelum wisel separuh masa pertama dibunyikan.

Bersambung babak kedua, skuad Gergasi Merah menyamakan kedudukan selepas sepakan percuma luar kotak penalti pemain import Switzerland Oliver Buff, ditanduk masuk pendahulu senarai penjaring terbanyak Liga Super, Ifedayo Olusegun pada minit ke-62.

Namun kegembiraan Selangor FC tidak bertahan lama, apabila rembatan leret dari luar petak penalti Matthew Davies di minit ke-79, meletak JDT di hadapan, sebelum Mohamadou Sumareh menoktahkan kemenangan dengan menyumbat satu lagi gol dalam masa kecederaan.

Pada aksi UiTM FC menentang Penang FC di Stadium Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, pasukan tuan rumah, gagal memanfaatkan peluang selepas tewas 0-1 di tangan pasukan pelawat.

Sabah FC dan Sri Pahang FC pula terikat 2-2, dalam perlawanan yang berakhir penuh dramatik di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Sementara dalam aksi Liga Premier, pasukan Perak FC 2, tewas 0-4 kepada Kelantan United dalam aksi di Stadium Perak, Ipoh, manakala Kelantan FC tewas 1-2 kepada PDRM FC, pada aksi berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu petang semalam. - Bernama

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 20 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad