web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aaron-Wooi Yik Akan Berjuang Habis-Habisan

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2021 4:36PM

Aaron (kiri) berpuas hati dengan prestasi mereka di peringkat kumpulan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Pasangan beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik melaungkan amaran awal, apabila tekad untuk berjuang habis-habisan walaupun berdepan laluan berliku pada peringkat suku akhir Sukan Olimpik Tokyo, esok.

Aaron Chia-Soh Wooi Yik dijadualkan bertemu pasangan nombor satu dunia, Kevin Sanjaya Sukamuljo-Marcus Fernaldi Gideon dari Indonesia.

Aaron berkata beliau dan Wooi Yik akan menumpukan kepada strategi dan ramuan, untuk menewaskan gandingan dari Indonesia itu bersama jurulatih Flandy Limpele, dalam sesi latihan hari ini.

“Bagi saya di suku akhir, lawan siapa pun sama sajalah jadi tak kira lawan Kevin Sanjaya Sukamuljo-Marcus Fernaldi Gideon atau lawan sesiapa lah, kita sudah fikir, dapat siapa, kita akan lakukan yang terbaik, dan melawan sehinga akhirnya,” katanya menerusi satu video di laman Facebook Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Aaron-Wooi Yik, tidak pernah mengalahkan pasangan pilihan pertama Olimpik itu dalam tujuh pertemuan sebelum ini, sejak pertemuan pertama mereka pada Terbuka Malaysia 2018 sehingga pertemuan terakhir pada All England 2020.

Pasangan kesembilan terbaik dunia itu mara ke peringkat suku akhir Olimpik Tokyo, selepas menundukkan pasangan Jason Ho-Shue-Nyl Yakamura dari Kanada, 21-15, 21-13, pada Selasa dalam perlawanan Kumpulan D di Musashino Forest Sports Plaza, Tokyo.

Mengulas mengenai aksi keseluruhan di peringkat kumpulan, Aaron berpuas hati dengan prestasi mereka serta mengakui mereka telah memberikan yang terbaik untuk setiap pertandingan.

“Saya rasa dalam peringkat kumpulan, memang boleh cakap puas hati untuk prestasi kita, walaupun kita di tempat kedua dekat dalam kumpulan D, tapi kita rasa okay lah,” tambahnya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 7 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad