web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Khairul Anuar Mara Ke Pusingan Ketiga Penuh Debaran

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2021 3:25PM

Khairul Anuar ketika beraksi pada pusingan 1/32 acara Recurve Individu Lelaki pada temasya Olimpik Tokyo 2020 di Yumenoshima Final Field hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Aksi mendebarkan disajikan di Lapangan Memanah Yumenoshima sebelum jaguh memanah negara, Khairul Anuar Mohamad menempah slot ke pusingan ketiga acara Recurve Individu Lelaki pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 hari ini.

Pemanah berusia 29 tahun itu yang menghuni ranking ke-15 dunia, terpaksa mengharungi dua saingan  ‘shoot-off’ atau satu panahan penentuan dalam aksi penuh dramatik, apabila terikat 5-5 selepas lima set berdepan kedua-dua lawannya itu.

Pada kedua-dua aksi penentuan tersebut, Khairul Anuar yang terkandas pada pusingan kedua pada temasya edisi Rio 2016, melakukan panahan 10 mata maksimum.

Khairul Anuar dijadual beraksi pada pusingan ketiga pada 31 Julai (Sabtu).

Pada saingan pusingan pertama pagi tadi, pemanah kelahiran Kemaman, Terengganu itu mengatasi Antti Vikstrom dari Finland sebelum meneruskan aksi bertenaga di pusingan kedua untuk mengetepikan cabaran pemanah China, Wang Dapeng.

Ketika ditemui pemberita, Khairul Anuar bersyukur untuk mara ke pusingan ketiga walaupun terpaksa beraksi pada panahan set penentuan, namun menyatakan banyak perlu diperbaiki apabila turun pada Sabtu ini.

“Alhamdulillah, kedua-dua perlawanan hari ini saya menang walaupun sampai (bersaing) ke ‘shoot-off’.

“Namun, prestasi saya masih kurang kerana fokus saya sedikit terganggu pada kedua-dua saingan tersebut.

“Untuk perlawanan seterusnya (pusingan ketiga), saya perlu lebih fokus kepada panahan.

“Malah, dalam kedua-dua perlawanan hari ini, saya beritahu jurulatih, panahan saya sedikit terganggu dan perkara itu perlu saya tekankan pada perlawanan akan datang,” katanya.

Mengenai saingan pusingan pertama itu, Khairul Anuar berkata setelah ketinggalan 3-5, beliau bernasib baik kerana peralatan memanah lawannya dari Finland itu mengalami masalah, sekali gus menyaksikannya mengikat kedudukan 5-5.

“Pada aksi hari ini, mustahil kalau saya katakan tidak tertekan, namun jika saya dapat beri 100 peratus tumpuan terhadap shooting (panahan), ada jua tekanan dan keadaan angin, insya-Allah saya boleh atasi,” katanya.

“Masalah peralatan memanah pihak lawan itu yang patah, saya boleh katakan itu rezeki saya untuk mara ke pusingan kedua.

“Di pusingan kedua, saya bermula baik pada tiga set pertama, namun pada set empat dan lima, saya sedikit hilang fokus.

“Tetapi semasa panahan penentuan, jurulatih beritahu saya perlu lebih fokus pada shooting (panahan), Alhamdulillah saya dapat melakukannya,” kata beliau.

Khairul Anuar berkata pada peringkat 16 pemanah terbaik (ketiga) Sabtu ini, beliau berharap dapat kekal fokus sehingga penghujung saingan untuk meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Khairul Anuar Tekad Bangkit Semula Di Hangzhou

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Mohd Juwaidi Selangkah Ke Final Piala Dunia Memanah Di Antalya

3

TARA 3 tahun yang lalu

Festival Permainan Malaysia Suburkan Semangat Hidup Bermasyarakat - Nancy

4

Jelajah 3 tahun yang lalu

Ambil Peluang Jalin Kerjasama Dengan ITC, Tingkatkan Pelancong Luar - Nancy

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Politik 20 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad