web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zii Jia Catat Kemenangan Mudah Aksi Sulung Olimpik Tokyo

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2021 7:08PM

Zii Jia akan menentang pemain Perancis, Brice Leverdez dalam aksi Kumpulan M, selepas ini. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia tidak berdepan masalah untuk melakar kemenangan dengan menumpaskan pemain Ukraine Artem Pochtarov dalam aksi pertama peringkat Kumpulan M pada Sukan Olimpik Tokyo 2020, hari ini.

Pemain berusia 23 tahun itu yang membuat penampilan pertama di pentas Olimpik mencatat kemenangan mudah selepas mengetepikan cabaran lawannya itu dalam tempoh 25 minit pada aksi yang berlangsung di Musashino Forest Sport Plaza.

Zii Jia, yang berada di ranking kelapan dunia, ternyata berada di kelas tersendiri pada set pertama apabila merekodkan kemenangan 21-5, sebelum mengatasi Pochtarov yang menghuni ranking ke-98 dunia dengan 21-11 pada set kedua. 

Selain Pochtarov, pemain kelahiran Kedah itu yang muncul Juara All England pada Mac lepas dan diletakkan sandaran meraih pingat emas negara pada Sukan Olimpik Tokyo, akan menentang pemain Perancis, Brice Leverdez dalam aksi Kumpulan M, selepas ini.

Sementara itu, cabaran beregu wanita negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean pada temasya sukan berkenaan berakhir apabila mengalami kekalahan kedua berturut-turut dalam aksi Kumpulan A, malam ini.

Walaupun menampilkan semangat juang yang tinggi, ia belum mencukupi bagi mengatasi pasangan nombor satu dunia dari Jepun, Sayaka Hirota-Yuki Fukushima apabila tumpas dalam pertarungan tiga set yang berlangsung selama 84 minit.

Mei Kuan-Meng Yean bermula cemerlang pada set pertama apabila melakar kemenangan 21-17, namun gagal mengekalkan rentak pada set kedua apabila tumpas 15-21 dan kecundang 8-21 di set penentuan.

Semalam, pasangan Malaysia itu terpaksa akur di tangan pasangan Indonesia, Greysia Polii-Apriyani Rahayu 14-21, 17-21 dalam aksi pembukaan Kumpulan A.

Gandingan Malaysia itu dijadual bertemu beregu England, Chloe Birch-Lauren Smith bagi melengkapkan aksi Kumpulan A.

Hanya dua pasangan teratas dalam setiap kumpulan layak ke pusingan kalah mati. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 7 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Zii Jia Berazam Teruskan Perjuangan Menang Emas Di LA28

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad