web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nadal Layak Ke Suku Akhir Grand Slamnya Yang Ke-43

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2021 3:42PM

Nadal membalas pukulan lawannya pada Kejohanan Terbuka Australia. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELBOURNE - Pemain nombor dua dunia, Rafael Nadal menundukkan seteru lamanya Fabio Fognini dalam satu perlawanan sengit di Terbuka Australia hari ini, sekali gus melayakkan diri ke suku akhir Grand Slamnya yang ke-43.

Juara Grand Slam sebanyak 20 kali itu mengalahkan pemain dari Italy 6-3, 6-4, 6-2 di Rod Laver Arena.

Kemenangan ke atas Fognini bermakna Nadal berjaya layak ke pusingan suku akhir di Australia buat kali ke-13. Beliau berada di tempat ketiga di belakang Roger Federer (15) dan John Newcombe (14).

“Saya gembira dapat layak ke suku akhir, ia adalah permulaan positif.

“Bila berhadapan dengan pemain yang hebat seperti Fabio, perlawanan akan sentiasa sengit. Kita tidak boleh turun ke gelanggang dan berharap tidak akan mengalami masalah bila berhadapan dengan pemain seperti dia,” kata Nadal.

Nadal akan bertemu dengan pilihan kelima, Stefanos Tsitsipas di pusingan seterusnya selepas lawannya Matteo Berrettini menarik diri kerana kecederaan. 

Pemain dari Rusia, Andrey Rublev pula menang mudah ke atas lawannya, Casper Ruud selepas pemain Norway itu menarik diri kerana kecederaan ketika pemain Russia itu sedang mendahului 6-2, 7-6 (7/3).

Beliau akan bertemu dengan rakan senegara, Daniil Medvedev yang sebelum ini tidak mengalami masalah untuk mengetepikan lawannya dari Amerika Syarikat, Mackenzie McDonald 6-4, 6-2, 6-3.

Dalam kategori wanita pula, Jessica Pegula dari Amerika Syarikat layak ke suku akhir Grand Slam pertamanya selepas mengalahkan Elina Svitolina 6-4, 3-6, 6-3.

Beliau akan bertemu rakan senegara, Jennifer Brady yang menundukkan pemain Croatia Donna Vekic 6-1, 7-5.

Pemain nombor satu dunia Ash Barty mengalahkan Shelby Rogers 6-3, 6-4. - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

Becker Jadi Pengulas Untuk Eurosport Jerman Di Terbuka Australia

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Bintang Tenis Sensasi Roger Federer Umum Bersara

3

Sukan 4 tahun yang lalu

Nadal Julang Trofi Terbuka Perancis Ke-14

4

Sukan 4 tahun yang lalu

Bintang Tenis Australia Ash Barty Umum Persaraan Mengejut

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Semasa 33 minit yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad