web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jalil Rasheed Dilantik Pengarah Bukan Eksekutif Cardiff City FC

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 16 Jul 2021 9:16AM

Jalil Rasheed - Gambar dari cardiffcityfc.co.uk

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Berjaya Corporation Jalil Rasheed telah dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif baharu Kelab Bola Sepak Cardiff City.

Kelab yang berpangkalan di Wales itu mengumumkan bahawa Jalil akan membantu kelab dalam membuat keputusan dan perancangan strategik serta bekerjasama rapat dengan pemilik kelab Tan Sri Vincent Tan, Pengerusi Mehmet Dalman dan Pengarah Eksekutif dan CEO Ken Choo.

“Jalil mempunyai 18 tahun pengalaman kerjaya pelaburan global, bersama syarikat seperti Abrdn & Invesco dengan peranan sebagai pemimpin kanan di Eropah dan Asia. Jalil juga pernah menjadi CEO Kumpulan dana pelaburan negara PNB termuda pada usia 37 tahun.

“Kami yakin penyokong City akan bergabung dengan Lembaga dan Kelab untuk mengalu-alukan kehadiran Jalil dan berharap dapat mencipta kejayaan bersama pada masa depan,” menurut kenyataan oleh Cardiff City FC dalam laman web rasmi kelab.

Sementara itu, Jalil menerusi akaun Twitter berkata beliau berasa istimewa dan bangga untuk terlibat dalam sukan yang sangat disayanginya itu.

“Walaupun saya tidak dapat berada di sana disebabkan sekatan perjalanan, tapi akan sentiasa memberikan sokongan dari jauh,” katanya.

The Bluebirds akan beraksi setahun dalam kejuaraan, tier dua Bola Sepak Inggeris selepas menamatkan saingan pada kedudukan kelapan daripada 24 pasukan musim lepas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 4 tahun yang lalu

Berjaya Corp Akan Jual Berjaya University College

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

oleh Wartawan Getaran

Politik 2 jam yang lalu

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hampir 39,000 Rakyat Hilang Pekerjaan Jan-Mei 2026, Lelaki Paling Terkesan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lebih 3 Dekad Terbiar, Highland Towers Akhirnya Bakal Dirobohkan

oleh Sophia Ahmad