web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Berjaya Corp Akan Jual Berjaya University College

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2022 8:17AM

Jalil Rasheed

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Berjaya Corporation Bhd (BCorp) melalui anak syarikat milik penuhnya Berjaya Group Bhd (BGroup) telah menandatangani perjanjian jual beli saham dengan Nanyang International Education Group Sdn Bhd (Nanyang) untuk cadangan pelupusan keseluruhan 71.73 peratus kepentingannya dalam Pendidikan Tinggi Berjaya Sdn Bhd yang memiliki Kolej Universiti Berjaya (BUC).

Nanyang telah diperbadankan oleh pemegang saham majoritinya, Krirk International Education Holding Co Ltd (Krirk) untuk melabur dalam perniagaan pendidikan di Malaysia.

“Ia akan merealisasikan rancangan yang dijanjikan sebelum ini. Seperti yang digariskan dalam strategi transformasi kami, BCorp akan melupuskan beberapa bidang bukan terasnya supaya kami boleh memberi tumpuan kepada perniagaan teras kami.

“Walaupun pahit, kami gembira kerana BUC akan diuruskan oleh Kririk. Kami percaya mereka akan terus mencipta peluang dan melahirkan graduan yang berkebolehan, berkemahiran dan profesional yang akan menyumbang kepada Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BCorp, Jalil Rasheed dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Urus niaga BUC kini sedang menunggu kelulusan daripada Kementerian Pengajian Tinggi dan dijangka selesai pada Jun 2022.

Pada Jun 2021, BCorp mengumumkan strategi transformatif untuk memberi tumpuan kepada lima bidang teras dan berusaha menjadi kumpulan pengguna di peringkat global.

Sebahagian daripada strategi ini termasuk pelupusan daripada bidang perniagaan yang tidak lagi termasuk dalam klasifikasi tersebut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 3 tahun yang lalu

BCorp Umum Pertukaran Lembaga Pengarah

2

Sukan 4 tahun yang lalu

Jalil Rasheed Dilantik Pengarah Bukan Eksekutif Cardiff City FC

3

Ekonomi 5 tahun yang lalu

Vincent Tan Letak Jawatan Pengerusi Eksekutif Berjaya Corporation

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Bunuh, Bakar Teman Wanita Hamil: Pendakwa Mohon Kekal Hukuman Mati Tertuduh 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

oleh Amirah Abu Bakar