web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Vincent Tan Letak Jawatan Pengerusi Eksekutif Berjaya Corporation

Ekonomi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2021 4:03PM

Vincent Tan akan kekal pengerusi bukan eksekutif. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Eksekutif Berjaya Corporation Bhd (BCorp) Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun melepaskan jawatannya berkuat kuasa hari ini, dan akan kekal sebagai ahli lembaga pengarah sebagai pengerusi bukan eksekutif.  

Pengunduran itu sejajar dengan visi Tan untuk mentransformasikan BCorp Group kepada syarikat yang diinstitusikan serta diuruskan oleh golongan profesional, kata kumpulan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Ia berkata Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Abdul Jalil Abdul Rasheed telah diberikan mandat untuk mengubah kumpulan itu menjadi sebuah organisasi berprestasi tinggi dengan memperkemaskan pelbagai kumpulan perniagaan, meningkatkan nilai pemegang saham, mengoptimumkan sumber manusia dan kewangan, meningkatkan sinergi dan kecekapan serta meningkatkan tadbir urus korporat dan ketelusan.

Dalam satu kenyataan, Tan menzahirkan keyakinan terhadap Jalil dan Timbalan Pengerusi Eksekutif Datuk Seri Robin Tan untuk menerajui BCorp Group, dan kumpulan itu berada pada pihak yang berwibawa dan mampu membawanya ke tahap yang lebih tinggi.

“Ia juga penting memberikan ruang dan kebebasan kepada Jalil untuk menerajui dengan caranya yang tersendiri.

“Saya kini boleh berundur daripada penglibatan seharian yang aktif dalam perniagaan kumpulan ini dan menumpukan lebih banyak masa dan tenaga dalam inisiatif kebajikan dan kepentingan lain,” katanya.

Sementara itu Jalil, yang akan memanfaatkan tiga bulan pertama untuk melakukan tinjauan strategik ke atas BCorp Group berkata beliau kini sedang bekerjasama dengan Robin Tan dan lembaga pengarah BCorp bagi memulakan proses peralihan dan membawa visi masa depan Vincent Tan ke mercu kejayaan. - Bernama 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

OK Vision Rancakkan Lagi Sektor Platform Media Digital

2

Ekonomi 3 tahun yang lalu

BCorp Umum Pertukaran Lembaga Pengarah

3

Pendidikan 4 tahun yang lalu

Berjaya Corp Akan Jual Berjaya University College

4

Semasa 5 tahun yang lalu

BMF Lancar Program Usaha Sosial Pastikan Golongan B40 Mampu Miliki Rumah

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori