web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


BMF Lancar Program Usaha Sosial Pastikan Golongan B40 Mampu Miliki Rumah

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2021 8:04AM

Vincent Tan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Better Malaysia Foundation (BMF) melancarkan program usaha sosial baharu untuk membantu kerajaan menangani aspirasi pemilikan rumah dalam kalangan rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah, terutamanya isi rumah B40. 

Dalam kenyataannya, Pengasas BMF Tan Sri Vincent Tan berkata usaha sosial ini akan memudahkan pembinaan hartanah dengan kos pemilikan bulanan yang rendah, disesuaikan reka bentuknya untuk membolehkan sesebuah keluarga hidup dengan maju dan jaya.

Oleh itu, katanya yayasan tersebut, dengan kerjasama Berjaya Land Bhd, telah merekabentuk satu unit pangsapuri contoh bersaiz 900 kaki persegi dengan lima bilik dan empat bilik mandi, untuk inisiatif ini.

Tan berkata rumah mampu milik secara realistiknya berharga dari RM120,000 hingga RM300,000 bagi pangsapuri bersaiz dari 450 kaki persegi hingga 900 kaki persegi di Lembah Klang.

“Harga tersebut boleh dicapai dengan sokongan kerajaan dari segi mengenakan premium tanah yang rendah dan caj pembangunan yang nominal untuk projek perumahan mampu milik,” katanya.

Sehubungan itu, Tan menggesa kerajaan untuk melaksanakan inisiatif strategik bagi bank dan institusi kewangan menyediakan pembiayaan 100 peratus kepada pembeli rumah B40 dengan pinjaman rumah dua generasi antara tempoh 40 dan 60 tahun supaya pembayaran balik pinjaman mampu dibayar dan diuruskan.

Selain itu, katanya kerajaan juga perlu menjamin pinjaman rumah pembeli rumah B40 supaya pinjaman tersebut dapat ditawarkan pada kadar faedah yang rendah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

OK Vision Rancakkan Lagi Sektor Platform Media Digital

2

Ekonomi 5 tahun yang lalu

Vincent Tan Letak Jawatan Pengerusi Eksekutif Berjaya Corporation

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hampir 39,000 Rakyat Hilang Pekerjaan Jan-Mei 2026, Lelaki Paling Terkesan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Bunuh, Bakar Teman Wanita Hamil: Pendakwa Mohon Kekal Hukuman Mati Tertuduh 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Gurauan ‘Tok Undang’: Pegawai MB Negeri Sembilan Tampil Mohon Maaf

oleh Amirah Abu Bakar