web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Man City Terus Cemerlang, Liverpool Sengsara

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2021 8:17AM

Gundongan meraikan menjaringkan gol ketiga City di Stadium Etihad pada 13 Februari. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON – Manchester City menerajui Liga Perdana Inggeris dengan tujuh mata selepas mengalahkan Tottenham 3-0 awal pagi tadi manakala Liverpool pula menyaksikan kekalahan kepada Leicester  dengan jaringan 3-1 di tempat lawan.

Anak buah Pep Guardiola kini memanjangkan rekod tanpa kalah mereka ke 23 perlawanan.

Tottenham tidak dapat menandingi peneraju liga itu di Stadium Etihad.

Rodrigo menjaringkan penalti untuk gol pertama City manakala pemain tengah Ilkay Gundongan melengkapkan kemenangan The Citizens dengan menjaringkan dua gol.

Tottenham telah kalah lima daripada enam perlawanan mereka dalam semua pertandingan. Mereka kini berada di tempat kesembilan liga.

“Pasukan yang cergas melawan pasukan yang letih, sepakan kami yang kena palang mungkin dapat memberi rangsangan.

“Satu pasukan yang tidak bersatu akan cepat mengaku kalah, tetapi saya nampak yang anak buah saya berusaha keras untuk menang,'' kata pengurus Tottenham Jose Mourinho.

Kesilapan penjaga gol Liverpool, Alisson Becker menyebabkan kekalahan pasukan itu selepas menjaringkan gol pertama melawan Leicester.

Mohamed Salah menjaringkan gol pertama The Reds di Stadium King Power.

Bagaimanapun gol dari sepakan percuma James Maddison, yang dibantu keputusan VAR, mengubah segalanya ditambah kesilapan Becker yang memberi ruang kepada Jamie Vardy menambah jaringan The Foxes.

Harvey Barnes akhirnya melengkapkan kesengsaraan Liverpool dengan menjaringkan gol ketiga Leicester.

Dalam perlawanan lain, Aston Villa seri 0-0 dengan Brighton manakala Burnley pula menang 3-0 menentang Crystal Palace. - AFP

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 tahun yang lalu

Kisah Anak Gen-X: Selamat Tinggal, Jurgen Klopp!

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Peminat Liverpool Serbu Padang Nak Jumpa Mo Salah

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Liverpool Akan Bangkit Semula - Hyypia

4

Sukan 3 tahun yang lalu

United Pasukan Tercorot Liga Buat Kali Pertama Dalam 30 Tahun

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad