web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


6 Pemain Badminton Negara Positif COVID Sekembali Dari Sepanyol

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2021 8:17AM

6 pemain badminton negara yang disahkan positif COVID-19 telah menjalani kuarantin wajib.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Enam pemain badminton negara yang kembali ke Malaysia selepas menyertai kejohanan Spanish International 2021 baru-baru ini telah didapati positif COVID-19.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam kenyataan ringkas di laman Facebook memaklumkan bahawa keenam-enam pemain tidak mempunyai gejala dan telah dihantar ke pusat kuarantin susulan keputusan ujian mereka yang positif itu.

“Sebaik pulang ke Malaysia, mereka telah menjalani kuarantin wajib seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa. Mereka belum menjejakkan kaki ke Akademi Badminton Malaysia (ABM) sejak pulang ke Malaysia dan tidak berinteraksi dengan pemain negara yang akan berangkat ke Olimpik Tokyo.

“Keenam-enam pemain hanya akan kembali ke ABM selepas pemain yang bakal beraksi di Tokyo berlepas ke Jepun. BAM mendoakan yang terbaik buat keenam-enam pemain dan semoga mereka cepat sembuh,” menurut kenyataan itu.

Malaysia diwakili 20 peserta pada kejohanan Spanish International yang berlangsung di La Nucia dari 16 hingga 19 Jun yang menyaksikan pemain badminton negara membawa pulang tiga kejuaraan.

Juara Sukan SEA 2019 S.Kisona mengenepikan pemenang kejohanan Remaja Dunia Goh Jin Wei dalam acara perseorangan wanita manakala Eoon Qi Xuan berjaya mara sehingga pertandingan separuh akhir.

Tee Kai Wun pula merangkul kejuaraan berganda apabila pemain berusia 21 tahun itu memenangi acara beregu campuran bersama Teoh Mei Xing sebelum berpasangan dengan Man Wei Chong untuk meraih kejuaraan dalam acara beregu lelaki. - Bernama

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad