web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Verstappen Mendominasi GP Styria, Hamilton Rasa Tidak Berdaya

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2021 9:42AM

Verstappen menjulang trofi juara GP Styria di atas podium. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SPIELBERG - Max Verstappen mendominasi perlumbaan Formula Satu (F1) GP Styria dengan juara bertahan Lewis Hamilton ketinggalan jauh di tempat kedua, merungut yang  jentera Red Bull “jauh lebih pantas” daripada jentera Mercedesnya.

Pelumba Belanda itu bermula daripada posisi utama dalam jentera Red Bullnya dan menamatkan perlumbaan 35 saat di hadapan Hamilton.

Walaupun rakan sepasukan Hamilton, Valtteri Bottas - yang memulakan perlumbaan dari pit lane - menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, di hadapan pelumba kedua Red Bull Sergio Perez, perlumbaan kali ini memberi gambaran yang momentum telah berubah daripada Mercedes.

“Ini adalah kemenangan paling dominan ke atas Mercedes buat kami,” kata ketua pasukan Red Bull Christian Horner selepas kemenangan keempat berturut-turut buat pasukannya.

Verstappen, yang merangkul tiga daripada empat kemenangan tersebut, bersetuju.

“Melihat kepada jurang di akhir perlumbaan, ya ini kemenangan paling dominan.

“Tetapi perkara yang lebih penting adalah keseimbangan kereta ini adalah yang terbaik setakat ini,” katanya.

Mercedes berjaya merangkul kejuaraan pengeluar buat tujuh tahun berturut-turut.

Dalam jangka masa itu Hamilton memenangi enam kejuaraan dunia, beliau terlepas kejuaraan 2016 kepada rakan sepasukan pada masa itu Nico Rosberg.

Empat perlumbaan tanpa kemenangan adalah kemarau yang ketara.

“Ini adalah perlumbaan pertama dalam masa lapan tahun di mana kami ketinggalan,” kata ketua pasukan Mercedes Toto Wolff.

Hamilton meluahkan kekecewaan tidak dapat mengejar Verstappen di sepanjang perlumbaan kerana jenteranya tidak selaju Red Bull, walaupun dapat mengutip mata bonus untuk pusingan terpantas.

“Ia satu perlumbaan yang sunyi.

“Saya cuba mengejar mereka, tetapi dengan kelajuan yang mereka ada ia jelas yang mereka telah membuat penambahbaikan. Susah untuk menyaingi mereka.

“Mereka terus mencatatkan masa pantas, dan di kawasan lurus kami sangat ketinggalan. Walaupun begitu, kami mengutip mata yang baik sebagai satu pasukan hari ini dan kami harus terus berusaha.

“Mereka terlampau pantas. Tak banyak yang boleh saya lakukan. Saya cuma boleh terus mencuba yang terbaik,” kata Hamilton. - AFP

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Lewis Hamilton Melawat SMK Seri Keramat

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kereta Mewah Terbakar, Pemandu Dan Penumpang Terselamat

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Aduhhh Jahanam Kereta Gua Brooo

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Reka Bentuk Futuristik, Gamit Peminat Mercedes

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad