web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JDT Rekod Kemenangan Sulung, Atasi Ratchaburi FC

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2021 8:00AM

JDT menang ke atas kelab Ratchaburi FC 1-0 menerusi jaringan Leandro Velazquez pada separuh masa kedua perlawanan Liga Juara-Juara Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Bangkok, malam tadi. - Gambar dari Facebook JOHOR Southern Tigers

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Johor Darul Ta’zim (JDT) meraih kemenangan sulung Liga Juara-Juara Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim ini selepas menewaskan kelab dari Thailand Ratchaburi FC, 1-0, pada aksi di Stadium Rajamangala, Bangkok, malam ini.

Jaringan tunggal pemain import dari Argentina, Leandro Velazquez pada separuh masa kedua perlawanan sudah cukup membantu JDT, yang sebelum ini tewas tipis 0-1 di tangan pasukan Jepun, Nagoya Grampus  Selasa lepas, untuk memperoleh tiga mata berharga dalam aksi kedua saingan Kumpulan G Liga Juara-Juara AFC musim ini.

Sebaik sahaja perlawanan bermula, Ratchaburi FC tidak menunggu lama untuk melaungkan amaran awal pada minit keempat namun percubaaan dari luar kotak penalti oleh penyerang import, Junior Mpia Mapuku hanya  tepat ke dalam dakapan penjaga gol JDT, Mohd Farizal Marlias.

Tersentak dengan percubaan Junior, JDT yang dilihat menguasai babak pertama perlawanan  terus  melancarkan asakan demi asakan ke kubu Ratchaburi FC kendalian Sek-san Siripong itu.

Bagaimanapun, penyerang import JDT, Bergson Da Silva harus menyalahkan diri sendiri apabila gagal memanfaatkan deretan peluang terhidang pada babak pertama untuk meletakkan pasukan kendalian Benjamin Mora itu di depan.

Bergson berpeluang membuka tirai jaringan pasukan Harimau Selatan pada minit ke-18 tetapi rembatan kencangnya menggegar palang gol manakala sepakan penalti diambilnya pada minit ke-27 ditangkap kemas oleh penjaga gol lawan, Kampol Pathom-attakul selepas pemain dari Brazil itu dijatuhkan pemain pertahanan,  Pawee Tanthatemee.

Bergson sekali lagi mendapat peluang keemasan untuk menjaringkan gol namun percubaannya berjaya ditepis Kampol pada minit ke-33.

Bersambung babak kedua, JDT hanya mengambil masa seminit untuk memecah kebuntuan apabila Leandro bijak memusingkan badannya  sebelum melepaskan satu rembatan cantik bagi jaringan pertama pasukannya pada saingan musim ini.

Leandro kemudian mempunyai peluang untuk menggandakan jaringan buat JDT namun percubaannya tersasar di sebelah kanan gol lawan pada minit ke-51 manakala sepakan lencong dari Muhammad Safawi Rasid juga sedikit tersasar di posisi yang sama pada minit ke-68.

Ratchaburi FC yang mendominasi perlawanan pada 20 minit terakhir untuk sekurang-kurangnya mencari gol penyamaan gagal menembusi tembok pertahanan JDT manakala percubaan Safawi pada minit keempat masa kecederaan separuh masa kedua hanya terkena tiang gol kanan lawan dan keputusan 1-0 itu kekal sehingga wisel penamat ditiup pengadil.

Terdahulu, dua gol jaringan Mateus Castro dan satu lagi oleh Yoichiro Kakitani membantu Nagoya Grampus mencatat kemenangan kedua berturut-turut selepas mengatasi FC Pohang Steelers dari Korea Selatan, 3-0, dalam satu lagi aksi awal berlangsung di venue sama petang tadi.

Selepas dua perlawanan, Nagoya Grampus memungut enam mata untuk kekal mendahului Kumpulan G manakala perbezaan jaringan meletakkan JDT di tempat kedua dengan tiga mata diikuti FC Pohang Steelers di tempat ketiga juga dengan tiga mata dan Ratchaburi FC kekal di tangga tercorot tanpa sebarang mata. - Bernama

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad