web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID-19 Paksa KLSCM 2021 Dibatalkan 

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2021 5:25PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) pada tahun ini akan diadakan secara maya, sama seperti tahun lepas.

Menurut penganjur acara berkenaan, Dirigo Events, pandemik COVID-19 yang melanda negara telah memaksa penganjuran acara tahun ini dibatalkan.

“Kami sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesihatan pelari, krew penganjur, sukarelawan, petugas kesihatan, pegawai dan anggota polis yang membantu penganjuran acara ini.

“Selepas berunding dengan pihak berkenaan, kami mencapai keputusan untuk membatalkan acara tahun ini kerana ia tidak boleh menjamin keselamatan semua orang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Dengan pembatalan acara tahun ini, pelari yang telah mendaftar untuk KLSCM 2020, boleh memilih sama ada membawa pendaftaran berkenaan ke tahun 2022 atau jika memilih bayaran balik, mereka akan dikenakan caj pentadbiran dan penyedia perkhidmatan pembayaran sebanyak 10 peratus.

Slot penyertaan untuk KLSCM 2022 juga tidak dijamin. 

Dirigo Events berkata, mereka yang sudah mendaftar untuk KLSCM 2020 perlu membuat pilihan selewat-lewatnya pada 8 Julai ini.

Jelasnya, sebarang permintaan untuk bayaran balik yang dibuat selepas tarikh tersebut tidak akan diterima dan penyertaan akan dibawa ke KLSCM 2022 secara automatik.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan dengan menghantar email ke alamat [email protected]. - Getaran, 24 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

2 tahun yang lalu

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Akan Dikeluarkan Segera - Menteri Pertahanan

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Demi KLSCM, Apa Ada Hal Beratur Panjang!

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Selepas UAI, Kuliah Wadi Annuar Pula Dibatalkan Di Selangor

4

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Kau Pakailah Sejadah Aku’, Permintaan Peserta Larian Sebelum Meninggal Dunia Undang Sebak

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad