web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hup Wei Raih Emas Di Kazakhstan, Kukuh Peluang Di Olimpik

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2021 7:43AM

Lee Hup Wei ketika menyertai Kejohanan Dunia IAAF Athletics di Stadium Antarabangsa Khalifa di Doha pada 4 Oktober 2019. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jaguh lompat tinggi negara Lee Hup Wei terus memperkukuh peluangnya untuk bertanding di Sukan Olimpik Tokyo selepas memenangi acara itu pada Kejohanan Olahraga Qosanov Memorial di Almaty, Kazakhstan hari ini.

Atlet berusia 34 tahun itu meraih pingat emas selepas melakukan lompatan melepasi ketinggian 2.10 meter, jauh di bawah prestasi terbaiknya iaitu 2.29 meter yang dicatat pada 2019.

Keputusan itu menyaksikan sedikit peningkatan berbanding aksi terbaiknya musim ini iaitu 2.05 meter di Grand Prix Olahraga Terbuka Malaysia pada April lepas namun agak malang bagi Hup Wei apabila kakinya terseliuh semasa pertandingan hari ini.

Timur Rakhmatullaev dari Uzbekistan pula meraih perak meskipun mencatat keputusan sama iaitu 2.08 meter dengan Alexandr Timoshin dari Kazakhstan berdasarkan kiraan semula lompatan.

Sementara itu, pelari pecut negara Jonathan Nyepa dan Muhammad Ilham Suhaimi masing-masing merangkul perak dan gangsa dalam acara 200 meter lelaki.

Jonathan, yang turut meraih perak menerusi acara 100 meter semalam, mencatat masa 21.76 saat manakala Muhammad Ilham menamatkan larian dengan catatan masa 21.92.

Atlet Kazakhstan Vitaliy Zems merangkul emas dalam acara itu dengan catatan masa 21.19 saat.

Dalam acara lompat kijang lelaki, Muhammad Hakimi Ismail terlepas podium dengan perbezaan 0.19 sentimeter selepas melakukan lompatan sejauh 15.62 meter.

Atlet Iran Hamid Reza Kia meraih emas dengan lompatan sejauh 16.18 meter manakala Ivan Denisov dan Islam Sibagatullin, kedua-duanya dari Uzbekistan, masing-masing memungut perak dan gangsa dengan lompatan sejauh 16.10 meter dan 15.81 meter.

Pengurus pasukan Datuk Wan Hisham Wan Salleh berkata temasya itu memenuhi matlamatnya untuk memberikan pendedahan yang amat diperlukan oleh para atlet selepas lebih setahun tidak menyertai kejohanan di peringkat antarabangsa susulan pandemik COVID-19.

“Secara keseluruhan, ia adalah pendedahan yang baik untuk atlet namun mereka memerlukan lebih banyak pertandingan di peringkat  antarabangsa selain sokongan berterusan daripada semua pihak.

“Hup Wei berjaya memperoleh mata tambahan untuk ranking dunianya (ke arah kelayakan ke Sukan Olimpik).

“Selepas ini, kami perlu merawat kecederaan yang dialami oleh Andre Anura Anuar, Hup Wei dan Hakimi. Hup Wei dijangka pulih dalam tempoh seminggu atau dua minggu, Hakimi mengalami spur tulang manakala Andre mengalami kecederaan hamstring berulang,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, Connie Chu Kang Ni menggondol emas dalam acara lempar cakera manakala Rayzam Shah Wan Sofian menduduki tempat ketiga dalam acara 110 meter lari berpagar lelaki. - Bernama

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 28 minit yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad