web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekas Perenang Malaysia Dijel Kerana Ingkar Perkhidmatan Negara

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Feb 2021 4:27PM

Lim Ching Hwang. - Bernama pic

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Bekas perenang Malaysia yang memegang status penduduk tetap Singapura dihukum penjara lapan minggu hari ini kerana ingkar memenuhi kewajipan Perkhidmatan Negara (NS), menurut rangkaian berita televisyen CNA.

Menurut laporan di portalnya, Lim Ching Hwang mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan di bawah Akta Pendaftaran Negara dengan satu lagi pertuduhan diberi pertimbangan.

Perenang kelahiran Selangor berusia 24 tahun itu dilaporkan datang ke Singapura pada 2010 dan belajar di Sekolah Sukan Singapura sehingga 2013.

Lim diberikan status penduduk tetap di bawah Skim Bakat Sukan Asing pada Mac 2014 dan tertakluk kepada syarat di bawah Akta Pendaftaran Negara, demikian laporan tersebut.

Beliau menerima notis pendaftaran untuk Perkhidmatan Negara pada Mei 2014 tetapi pada masa sama beliau menerima tawaran biasiswa daripada sebuah entiti swasta untuk melanjutkan pengajian di sebuah universiti di Amerika Syarikat mulai September 2014.

Laporan itu menyebut Lim mendaftar untuk Perkhidmatan Negara pada Mei 2014 dan memohon penangguhan yang diberikan sehingga Mei 2017 bagi membolehkan beliau melanjutkan pengajian diploma di politeknik di republik itu.

Namun begitu, Lim gagal menamatkan pengajian dan meninggalkan negara itu pada Julai 2014.

Pada bulan sama, Lim dan keluarganya cuba memohon penangguhan Perkhidmatan Negara supaya beliau dapat melanjutkan pengajian ke universiti tetapi permohonannya tidak berjaya kerana Kementerian Pertahanan “biasanya tidak memberikan penangguhan untuk pengajian universiti”, kata laporan itu.

Menurut laporan itu, keluarga Lim dimaklumkan mengenai bon untuk permit keluar diberikan tetapi mereka tidak berpuas hati dengan dasar sedemikian.

Mereka tidak memberi bon sedemikian dan sebaliknya terus memohon untuk menangguhkan pendaftaran Perkhidmatan Negara pada 2014 dan 2015.

Selepas pihak berkuasa Singapura memberitahu bapanya pada Februari 2015 bahawa anaknya perlu menempah tarikh untuk saringan kesihatan sebagai persediaan untuk mendaftar, bapa Lim berkata anaknya sudah memulakan pengajian universiti di Amerika Syarikat dan akan melepaskan status sebagai penduduk tetap.

Menurut portal itu, Lim yang pulang ke Singapura pada 2 Jun, 2015 kemudian disahkan sihat untuk pendaftaran pada 7 Julai, 2015 tetapi beliau meninggalkan republik itu pada hari yang sama ke Amerika Syarikat dan terus berusaha memohon penangguhan.

Laporan itu menyebut Lim gagal untuk melaporkan diri untuk pendaftaran pada 11 November, 2015 dan polis mengeluarkan waran terhadapnya.

Perenang itu akhirnya pulang ke Singapura pada 11 Jun, 2018 selepas menamatkan pengajian di universitinya.

Lim, yang kemudiannya mendaftar pada April 2019 dan menamatkan Perkhidmatan Negara pada 2 Februari, 2021, dibenarkan memulakan hukuman pada 23 Februari ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Serang Balai Polis Ulu Tiram: Bapa, Anak Dipenjara 30 Tahun, Ibu 4 Tahun 

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

4

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar