web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


EURO 2020 Dikejutkan Dengan Insiden Christian Eriksen Rebah Di Tengah Padang

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2021 8:58AM

Christian Eriksen rebah di atas padang ketika perlawanan menentang Finland dalam kejohanan UEFA EURO 2020, Kumpulan B di Stadium Parken, Copenhagen. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PARIS - Kejadian Christian Eriksen rebah di tengah padang masih dirasai pada Ahad, terutama sekali imej petugas perubatan memberi bantuan kecemasan ketika kekalahan pasukan Denmark kepada Finland.  

Keadaan Eriksen dikatakan “sedar dan sedang menjalani ujian tambahan” selepas menerima bantuan pernafasan manakala rakan sepasukannya pula membentuk bulatan mengelilingi pemain itu bagi melindunginya daripada disaksikan 16,000 penonton, yang nyata terkejut dengan insiden di Stadium Parken, Copenhagen itu.

Susulan itu, permainan Kumpulan B terpaksa dihentikan sebelum tamat babak pertama dengan keputusan seri tanpa gol.

Perlawanan digantung untuk hampir dua jam sebelum disambung semula. 

Gol kemenangan Finland dijaringkan oleh Joel Pohjanpalon dalam penampilan pertama pasukan itu di kejohanan ini, tetapi keadaan Eriksen membayangi perlawanan itu. 

“Kami berhubung dengannya, para pemain juga telah bercakap dengan Christian. Itu berita terbaik. Beliau berada dalam keadaan baik,” kata Pengarah Persatuan Bolasepak Denmark, Peter Moeller kepada media tempatan. 

Doktor pasukan Denmark, Martin Boesen, memberi gambaran bagaimana pasukannya menyelamatkan nyawa Eriksen.  

“Bila saya sampai kepadanya, beliau berada dalam keadaan mengiring. Dia sedang bernafas dan saya merasa nadinya tetapi perkara itu berubah dengan pantas. 

“Semua orang nampak kami memberi bantuan pernafasan kepada Eriksen.

“Bantuan daripada pasukan kesihatan dan staf yang lain tiba dengan pantas dan dengan kerjasama semua orang kami berjaya menyelamatkan Christian,” katanya pada sidang media. 

Ramai memberi mesej sokongan kepada Eriksen termasuk penyerang Belgium, Romelu Lukakau.

Beliau, yang juga rakan Eriksen di Inter Milan, menjerit “Chris, Chris, kekal kuat – aku menyayangimu” ke kamera di tepi padang ketika meraikan gol pembuka dalam kemenangan 3-0 menentang Rusia di Sant Petersburg. 

Thomas Meunier menjaringkan gol kedua Belgium sebelum Lukaku melengkapkan jaringan dengan gol keduanya. 

Wales seri 1-1 dengan Switzerland dengan Kieffer Moore menyamakan kedudukan selepas Breel Embolo membuka jaringan di awal babak pertama. - AFP

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad