web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Krejcikova Juara Terbuka Perancis, Dedikasikan Kemenangan Kepada Mentor

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2021 8:14AM

Barbora Krejcikova memegang trofi kemenangan selepas mengalahkan Anastasia Pavlyuchenkova dalam Kejohanan Tenis Terbuka Perancis di Paris. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PARIS - Barbora Krejcikova merangkul kejuaraan Grand Slam pertama dalam kariernya selepas menumpaskan Anastasia Pavlyuchenkova pada final Terbuka Perancis.

Beliau menjadi pemain wanita pertama dalam masa 40 tahun dari Republik Czech, menjadi juara di Roland Garros sebelum mendedikasikan kemenangannya kepada bekas juara Wimbeldon Jana Novotna yang meninggal dunia empat tahun lalu. 

Krejcikova, pemain ranking ke-33 dunia, menang dalam tiga set 6-1, 2-6, 6-4 untuk menjulang kejuaraan kedua kariernya.

Pemain yang berusia 25 tahun itu mengikut jejak langkah rakan senegara, Hana Mandlikova yang merangkul kejuaraan sama di Paris pada 1981.

Beliau memberi penghormatan yang penuh dengan emosi kepada mentornya Novotna, yang meninggal dunia akibat kanser dalam usia 49 tahun pada 2017.

“Sukar untuk saya ungkapkan perasan dengan kata-kata. Saya tidak percaya yang saya telah menjuarai Grand Slam.

“Saya banyak meluangkan masa dengan Jana sebelum beliau meninggal dunia. Kata-kata terakhirnya kepada saya adalah ‘nikmatilah tenis dan cuba menang satu Grand Slam’.

“Saya pasti beliau menjaga saya. Kejayaan ini kerana beliau menjaga saya.

“Mendapat peluang berjumpa dengannya satu pengalaman yang sangat hebat. Beliau seseorang yang memberi inspirasi kepada saya. Saya sangat rindukan mendiang,” kata Krejcikova. - AFP
 

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad