web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Djokovic Tamatkan Penguasaan Nadal Di Terbuka Perancis

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2021 8:57AM

Novak Djokovic meraikan kemenangan selepas menewaskan Rafael Nadal untuk layak ke final Terbuka Perancis, esok. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PARIS - Novak Djokovic menamatkan penguasaan juara 13 kali Terbuka Perancis, Rafael Nadal dengan mengalahkan pemain Sepanyol itu untuk menempah tiket ke final esok. 

Kekalahan ini hanya yang ketiga buat Nadal dalam masa 16 tahun dan 108 perlawanan di Roland Garros.

Sementara bagi Djokovic pula, ia adalah final keenam beliau di Paris. 

Dalam pertembungan ke-58, dua seteru utama tenis dunia ini, Djokovic merekodkan kemenangan dalam empat set 3-6, 6-3, 7-6 (7-4), 6-2.

Beliau kekal dalam usaha untuk merangkul kejuaraan Grand Slam ke-19 kariernya dan menjadi pemain lelaki pertama memenangi keempat-empat gelaran Major tenis dua kali.

Djokovic, juara 2016 di Paris, akan berdepan dengan cabaran Stefanos Tsitsipas di final esok. 

Tsitsipas menjadi pemain Grece pertama layak ke final kejohanan Grand Slam selepas mengalahkan pemain Jerman Alexander Zverev 6-3, 6-3, 4-6, 4-6, 6-3. 

“Dapat bertarung dalam perlawanan yang luar biasa ini adalah sesuatu yang sangat luar biasa. 

“Ini adalah perlawanan terhebat saya di Paris,” kata Djokovic selepas perlawanan yang memakan masa empat jam dan 11 minit itu. - AFP
 

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad