web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mahkamah Tinggi Tolak Injunksi MCA, Iqbal Dan 4 Exco Dibenar Teruskan Tugas

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2025 11:03AM

Gambar Agoda

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Permohonan Injunksi yang difailkan Persatuan Kriket Malaysia (MCA) ke atas lima individu ditolak Mahkamah Tinggi.

Permohonan berkenaan difailkan kerana lima individu tersebut didakwa bukan lagi ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) persatuan itu yang sah.

Penolakan permohonan injunksi itu dibuat Hakim Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan selepas mendapati pihak plaintif gagal menunjukkan bukti kukuh bahawa kelima-lima defendan bertindak mewakili atau mendakwa diri sebagai Exco MCA secara rasmi.

“Tiga artikel yang dikemukakan hanyalah laporan berhubung peristiwa terdahulu dan tidak menyokong dakwaan plaintif. Tiada bukti menunjukkan keperluan untuk injunksi diberikan,” katanya ketika membacakan penghakiman.

Mahkamah turut memutuskan bahawa tiada elemen kemudaratan yang tidak boleh diperbaiki sekiranya injunksi tidak diberikan, selain kegagalan plaintif untuk memberikan aku janji terhadap ganti rugi. 

Mahkamah juga memutuskan bahawa tidak wujud sebarang unsur tergesa-gesa atau kecemasan dalam permohonan tersebut.

Susulan penghakiman, defendan diarahkan untuk menerima bayaran RM2,000 setiap seorang.

Mahkamah turut menegaskan bahawa isu kesahihan peletakan jawatan atau penarikan balik oleh defendan tidak akan diputuskan pada peringkat ini. 

Sebaliknya, semua pihak diminta mengemukakan hujahan berhubung relevansi Akta Pembangunan Sukan 1997 dalam perbicaraan seterusnya yang dijadualkan 4 September nanti.

Terdahulu, Naib Presiden MCA, Datuk Ahmad Feisal Ahmad Tajuddin, memfailkan permohonan dengan mendakwa Presiden MCA, Mohammed Iqbal Ali Kassim Ali, bersama empat Exco lain, Dr BN Arun Kumar, Amarjeet Singh, Mahnorizal Mahat dan Ahmad Salman Othman tidak lagi mempunyai kuasa sah selepas didakwa meletakkan jawatan secara terbuka.

Namun, Iqbal dalam kenyataannya sebelum ini menegaskan, beliau telah menarik semula peletakan jawatan tersebut pada 13 April lalu, dan berikrar meneruskan tanggungjawab sebagai Presiden MCA sehingga tamat tempoh.

Kesemua defendan diwakili barisan peguam yang diketuai Datuk Sri Rajan Navaratnam dari firma guaman Shahrizat Rashid & Lee dan Shamala Balasundaram dari Chooi & Co.

Sebelum ini, Getaran melaporkan bahawa terdapat usaha terancang oleh segelintir pihak dalam MCA untuk menggulingkan kepimpinan tertinggi persatuan itu, susulan dakwaan bahawa tandatangan seorang Naib Presiden negeri telah dipalsukan.

Sumber mendakwa, Ahmad Feisal, yang juga Bendahari Majlis Olimpik Malaysia (MOM), turut terlibat dalam gerakan tersebut, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai peranan MOM dalam kemelut berkenaan.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Sukan, Suhardi Alias, mengesahkan bahawa siasatan terhadap MCA sedang dijalankan berikutan terdapat aduan berkaitan salah laku, tadbir urus dan proses pemilihan.

“Kami sedang meneliti aduan yang dikemukakan dan akan mengambil tindakan sewajarnya sebaik siasatan selesai. Unsur salah laku dalam sukan negara adalah serius dan tidak boleh dibiarkan berleluasa,” katanya.

MCA sebelum ini memohon campur tangan segera daripada Pejabat Pesuruhjaya Sukan bagi menyemak semula kesahihan Mesyuarat Agung Khas (EGM) dan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang didakwa tidak mengikut prosedur.

Dalam suratnya kepada mahkamah, Ahmad Feisal menyifatkan tindakan undang-undang ini sebagai ‘langkah yang tidak diingini tetapi perlu,’ sambil menuduh Iqbal dan rakan Exco lain sebagai masih campur tangan dalam urusan pentadbiran MCA.

Bagaimanapun, Iqbal menegaskan tiada asas perlembagaan atau perundangan yang membenarkan mana-mana individu mengaku atau bertindak sebagai Presiden MCA tanpa perlantikan sah.

“Tindakan seperti itu jelas menyalahi Perlembagaan MCA dan Akta Pembangunan Sukan 1997,” tegasnya. - Getaran, 10 Julai 2025

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

2

Sukan 1 bulan yang lalu

'Pocket Rocketman' Azizulhasni Atlet Ketiga Terima Darjah Bakti Daripada Agong

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Selangor Bakal Miliki Kompleks Polo Bertaraf Antarabangsa, Babit Kos Puluhan Juta

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar