web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KBS Kecam Pergaduhan Penyokong Bola Sepak Di Stesen LRT

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2024 11:17AM

Hannah Yeoh - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengecam tindakan sekumpulan penyokong bold sepak yang mencetuskan pergaduhan di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandar Tasik Selatan, laluan Ampang-Sri Petaling pada Jumaat lepas.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata menang atau kalah adalah adat pertandingan, namun tidak bermakna boleh bertindak sewenang-wenangnya hingga menyebalbkan kerosakan aset kerajaan dan harta benda awam.

"Jadi kalau mereka lihat, ini aset Prasarana (Prasarana Malaysia Berhad) tak payah jaga, sangat mengarut. Saya berharap tak ada lagi perkara seperti ini akan berlaku.

"Kemudahan Prasarana selalunya mereka panjangkan masa perkhidmatan untuk menyenangkan penyokong bola sepak, jadi kita kena balas dengan adab," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Hadiah Liga Bolasepak Wanita Nasional (LWN) 2024 di Stadium Merdeka di sini malam tadi.

Prasarana semalam memaklumkan pihaknya telah membuat laporan polis berhubung insiden pergaduhan tersebut di Balai Polis Sungai Besi.

Insiden yang berlaku pada 12 tengah malam itu dilaporkan telah mengakibatkan kerosakan pada kemudahan di stesen termasuk bahagian pintu dan cermin tingkap tren yang berada di platform berkenaan namun tiada kecederaan.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan pula mengesahkan kejadian tersebut melibatkan antara 20 hingga 30 orang yang bertindak agresif dengan bertumbuk, membaling tong sampah dan menendang pintu tren hingga menyebabkan kerosakan.

Beliau berkata setakat ini tiada tangkapan dibuat dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 147 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Hannah menghormati kesungguhan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang sentiasa berusaha memajukan arena bola sepak tanah air ke satu tahap lebih gemilang.

"Saya tahu semua orang teruja dengan rancangan baharu pada 2025. Saya bekerja rapat dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

"Semua ini saya biarkan FAM uruskan. Untuk kerajaan kita bagi dana, kita bagi sokongan tetapi kita juga nak tengok prestasi dan ada KPI-nya lah," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad