web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KBS Akan Dapatkan Perkembangan Penyertaan Kontinjen Negara Ke Olimpik

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2021 9:24PM

Reezal Merican Naina Merican - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sentiasa berhubung rapat dengan Kementerian Luar dan Kedutaan Malaysia di Jepun bagi mendapatkan sebarang perkembangan mengenai penyertaan kontinjen negara pada Sukan Olimpik Tokyo, bulan depan.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata pada masa sama, beliau juga mengarahkan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk berbincang dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan semua pihak berkaitan bagi mendapatkan pengesahan dan maklumat terperinci berhubung perkara itu.

“Saya ambil maklum berhubung laporan media mengenai 10 negara berkemungkinan tidak dibenarkan menyertai Sukan Olimpik Tokyo 2020 termasuklah Malaysia. Ia juga berkait dengan senarai 159 negara yang dihalang daripada memasuki Jepun sepertimana siaran pemakluman oleh Kementerian Luar Jepun.

Siaran pemakluman tersebut juga turut menyentuh pengecualian yang boleh diberikan kepada beberapa kategori rakyat asing termasuklah atlet dan individu lain berkenaan Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020,” katanya menerusi satu kenyataan pada hari ini.

Sementara itu, Reezal Merican berkata momentum persiapan atlet negara pada masa ini berada pada tahap baik, termasuklah persediaan latihan fizikal dan mental ke temasya Olimpik yang akan berlangsung 45 hari lagi.

“Di samping persiapan terbaik untuk atlet, KBS akan sentiasa memastikan keselamatan dan kesihatan atlet, jurulatih serta pegawai yang terlibat sebagai keutamaan. Sebarang perkembangan terkini berkenaan perkara ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Sebuah akhbar harian hari ini melaporkan Kerajaan Jepun mengeluarkan satu pekeliling kepada jawatankuasa penganjur temasya berkenaan agar “tidak membenarkan kemasukan” atlet dari 10 negara yang sedang mengalami lonjakan kes COVID-19.

Menurut laporan itu, jika jawatankuasa tersebut tidak dapat menyekat kemasukan atlet, langkah lebih ketat akan dikenakan termasuk dikuarantin selama 14 hari.

Selain Malaysia, negara-negara berkemungkinan lain yang dinamakan dalam laporan itu ialah India, Pakistan, Nepal, Bangladesh, Maldives, Sri Lanka, Afghanistan, Vietnam dan United Kingdom.

Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria memberitahu Bernama pihaknya tidak menerima sebarang makluman mengenai perkara itu, serta mahu mendapatkan penjelasan daripada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (OIC) dan Kerajaan Jepun berkaitan isu berkenaan.

IOC pula menerusi menerusi emel, memaklumkan langkah kawalan sempadan merupakan bidang kuasa kerajaan negara berkenaan. - Bernama

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 16 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad