web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Akhyar Rashid Muncul Wira, Pastikan TFC Kutip 3 Mata

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2024 8:55AM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Muhammad Akhyar Abdul Rashid atau Akhyar Rashid muncul wira Terengganu FC (TFC) apabila menjaringkan gol kemenangan untuk menewaskan Negeri Sembilan FC (NSFC) 3-2 pada saingan Liga Super malam tadi.

Dalam perlawanan berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SMZA), Gong Badak, tuan rumah terdahulu dikejutkan dengan gol pertama pelawat menerusi pemain import dari Sepanyol, Mika Junco yang menanduk masuk hantaran silang pemain tengah dari Jepun, Takumi Sasaki pada minit ke-16.

Tersentak dengan jaringan itu, skuad Penyu terus melancarkan serangan demi serangan ke kubu NSFC dan hasilnya pemain sayap, Muhammad Safawi Rasid berjaya menyamakan kedudukan selepas menyempurnakan sepakan percuma sebelum tamat babak pertama perlawanan.

Empat minit selepas babak kedua bermula, Terengganu memperoleh gol kedua menerusi tandukan pemain import dari Nigeria, Nnabuike Chukwu Chijioke namun kealpaan barisan pertahanan membuka ruang kepada Hoben Jang Hoben menyamakan kedudukan hasil sepakan jarak dekat pemain tengah dari Senegal, Jacque Faye pada minit ke-53.

Akhyar Rashid meranapkan impian NSFC untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-59 sekali gus memastikan skuad bimbingan Tomislav Steinbruckner mengutip mata di laman sendiri.

Kemenangan malam tadi membolehkan Terengganu memintas Sabah FC untuk berada di tempat ketiga dengan 11 mata manakala Negeri Sembilan pula terus terperosok di kedudukan tercorot liga dengan tiga mata.

Di Stadium Perak, Ipoh, pasukan tuan rumah terpaksa berputih mata apabila tewas kepada Kuching City FC 2-1.

Rembatan dari luar kotak penalti oleh ketua pasukan Wan Zack Haikal Wan Noor meletakkan tuan rumah di hadapan pada minit ketujuh sebelum ‘awang import’ pelawat Jordan Mintah menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-69.

Penyerang dari Ivory Coast, Tchetche Kipre muncul wira skuad kendalian Aidil Sharin Sahak apabila tolakannya pada minit ke-76 memastikan mereka melonjak ke tangga keempat liga dengan 10 mata.

Kekalahan kelima skuad bimbingan Yusri Che Lah pula menyaksikan mereka berada di kedudukan kesembilan liga dengan enam mata. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad