web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2024 8:51AM

JDT menewaskan Sri Pahang FC 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri di Johor malam tadi. – Gambar Facebook Johor Southern Tigers

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Jaringan hatrik penyerang import Johor Darul Ta'zim (JDT) Heberty Fernandes memastikan Harimau Selatan mengukuhkan cengkaman di persada Liga Super selepas menewaskan Sri Pahang FC 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri di Johor malam tadi.

Pemain dari Brazil itu tidak menunggu lama untuk mencetak nama sebagai penjaring apabila meledak gol pembukaan JDT menerusi rembatan deras dari luar kotak penalti pada minit kelima.

Heberty terus mempamerkan sentuhan pemusnah apabila menjaringkan gol peribadi kedua pada minit ke-67 untuk meletakkan skuad kendalian Hector Bidoglio selesa mendahului ketika Sri Pahang cuba memburu gol penyamaan.

Pemain berusia 35 tahun itu mencipta memori tersendiri dalam kejayaan JDT merakam kemenangan keempat berturut-turut musim ini selepas melengkapkan jaringan hatriknya pada minit ke-88.

JDT yang mengintai kejuaraan Liga Super kali ke-11 berturut-turut, kini mendahului saingan dengan perbezaan empat mata di depan pencabar terdekat Terengganu FC yang mengumpul lapan mata.

Di KUCHING, pasukan tuan rumah Kuching City FC menafikan hasrat Terengganu membawa pulang tiga mata selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada pertembungan di Stadium Negeri Sarawak.

Selepas tiada sebarang gol terhasil pada separuh masa pertama, skuad Penyu akhirnya memecah kebuntuan selepas enam minit babak kedua bersambung menerusi penalti yang disempurnakan pemain sayap Muhammad Safawi Rasid.

Namun, kelebihan itu tidak bertahan apabila Kuching City menyamakan kedudukan menerusi pemain import Yuki Tanigawa pada minit ke-80 sekali gus menyekat rentak Terengganu dalam mengejar JDT.

Sementara itu, di PULAU PINANG, penyerang gantian dari Ghana Ebenezer Assifuah menjadi wira Kedah Darul Aman (KDA) FC selepas menjaringkan gol kemenangan pasukan pada minit ke-78 untuk menewaskan Penang FC 1-0 di Stadium Bandaraya.

Kekalahan pertama dialami Penang itu menyaksikan mereka jatuh ke posisi ketiga tercorot dengan tiga mata, selain penantian meraih kemenangan sulung berterusan. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: JDT Berpesta Gol Tewaskan Penang FC 5-0

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Selangor Jinakkan Penang 4-1, Rampas Kedudukan Kedua Liga Super

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Piala FA: Jaringan Saat Akhir Morales Tewaskan Kedah

4

Sukan 2 tahun yang lalu

KL City Atasi Selangor 1-0 Di Laman Sendiri

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran