web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KL City Belasah NSFC 3-0

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2024 8:26AM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN – Negeri Sembilan FC mengalami kekalahan kali ketiga berturut-turut selepas tewas 3-0 di tangan Kuala Lumpur City FC pada saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi.

Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan buntu menghasilkan jaringan sebelum pasukan lawan berjaya meledak gol pertama menerusi tandukan kemas pemain kebangsaan Brendan Gan pada minit ke-27.

Skuad KL City bimbingan Miroslav Kuljanac dari Croatia tampil lebih agresif dan lebih menguasai perlawanan dengan beberapa percubaan dan hantaran tepat ke pintu gol pasukan tuan rumah.

Lima minit sebelum berakhir separuh masa pertama, skuad Hobin Jang Hobin hampir menyamakan kedudukan hasil tandukan pemain pertahanan, Dzulfahmi Abdul Hadi depan pintu gol lawan menerusi hantaran kemas pemain import Jaque Faye.

Memasuki babak kedua perlawanan, skuad tuan rumah kehilangan Jacque Faye selepas dilayangkan kad merah oleh pengadil S Logeswaran kerana mengasari Ryan Edward Lambert pada minit ke-53.

Pengadil perlawanan membuat keputusan itu menerusi Video Bantuan Pengadil (VAR) sekali gus menyukarkan Negeri Sembilan mengekalkan momentum perlawanan dengan 10 pemain.

Memanfaatkan peluang itu, skuad KL City terus memberi tekanan kepada tuan rumah dengan beberapa percubaan menarik di depan pintu gol namun dapat ditampan dengan baik penjaga gol, Muhamad Aqil Abdul Razak.

KL City meledakkan gol kedua menerusi rembatan kencang kaki kiri kapten Paulo Josue membolosi gawang tuan rumah sekali gus mengukuhkan kedudukan KL City mengutip tiga mata perlawanan pada minit ke-72.

Pasukan lawan kemudian berpeluang menambah jaringan menerusi tandukan pemain import Giancarlo Gallifuoco dari Australia namun terkena palang pada minit ke-85.

Kemudian pemain gantian S. Sharvin mengesahkan kemenangan pertama skuad KL City hasil tandukan kemasnya menerusi hantaran sepakan sudut Brendan pada minit ke-90.

Keputusan itu menyaksikan skuad kendalian Azzmi Ab Azizi kekal di tangga tercorot liga manakala KL City memperoleh tiga mata penuh pertama selepas tiga perlawanan untuk menghuni tangga ketujuh dengan empat mata. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

KL City Atasi Selangor 1-0 Di Laman Sendiri

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Negeri Sembilan FC Sahkan Pemain Import Mika Junco Jadi Mangsa Ragut

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Mohamad Faisal Digantung 4 Bulan

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Selangor Menang Tipis 1-0 Ke Atas Kelantan United

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad