Berita Terkini

1 jam yang lalu: Perumahan bermasalah beri kesan tidak langsung kepada 125,000 isi rumah- Akmal Nasrullah 2 jam yang lalu: Lawatan negara Presiden Singapura Halimah Yacob ke Malaysia bukti hubungan kukuh, persaudaraan erat kedua-dua negara dan rakyat - Agong 2 jam yang lalu: Polis sedang siasat video tular dua lelaki hina Nabi - Saifuddin 3 jam yang lalu: Kelantan beri bantuan Hari Raya RM700 kepada penjawat awam negeri - Menteri Besar 4 jam yang lalu: Cadangan cagaran KWSP bagi pembiayaan kewangan bank tidak bercanggah dengan Seksyen 51, Akta KWSP - PM Anwar

IKUTI KAMI


Selangor Menang Tipis 1-0 Ke Atas Kelantan United

Sukan Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2023 7:00AM

Selangor memulakan kempen musim baharu Liga Super dengan tiga mata. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selangor FC mencatat kemenangan tipis 1-0 mengatasi Kelantan United pada aksi Liga Super 2023 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya, malam tadi.

Jaringan tunggal perlawanan terhasil daripada sepakan sudut Mohamad Faisal Abdul Halim yang seterusnya ditanduk kemas tonggak pertahanan, Yazan Al-Arab sekali gus menerjah gawang gol Kelantan United pada minit ke-40.

Anak buah Tan Cheng Hoe menguasai hampir keseluruhan perlawanan di separuh mata pertama dengan beberapa percubaan dilakukan namun gagal menambah jaringan dan keputusan 1-0 itu kekal sehingga waktu rehat.

Bersambung babak kedua, giliran anak buah Tomas Trucha cuba membuktikan kehadiran Kelantan United bukan sekadar pelengkap liga dengan menghasilkan beberapa percubaan berbahaya namun disekat penjaga gol Selangor, Khairulazhan Khalid.

Kedua-dua pasukan kemudian saling berbalas serangan namun ketumpulan di bahagian hadapan mengakibatkan tiada gol dihasilkan dan keputusan akhir kekal memihak kepada skuad Gergasi Merah.

Dalam pada itu, Negeri Sembilan FC kempunan untuk mencipta kemenangan di halaman sendiri selepas terikat seri 1-1 menentang Sri Pahang FC di Stadium Tuanku  Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.

Anak didik K Devan bermula garang sebaik wisel ditiup selain dilihat kerap mengatur serangan ke arah kubu Sri Pahang yang kemudian diterjemahkan kepada gol oleh pemain import dari Brazil, Anselmo Arruda Da Silva pada minit ke-20.

Bersambung babak kedua perlawanan, giliran skuad Tok Gajah mengatur rentak dan berjaya menjaringkan gol penyamaan melalui tandukan  Abdul Malik Mat Ariff pada minit ke-47.

Kedudukan 1-1 itu bagaimanapun kekal sehingga wisel penamat ditiupkan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 hari yang lalu

JDT Lebur Rekod Tanpa Kalah Selangor Di Bawah Cheng Hoe

2

Sukan 4 hari yang lalu

NSFC Raih Kemenangan Pertama, Atasi Terengganu 2-1

3

Sukan 1 minggu yang lalu

Kelantan United Gagal Sekat Kedah Kutip 3 Mata Penuh

4

Sukan 1 minggu yang lalu

Piala FA: Penalti Masa Kecederaan Selamatkan Sri Pahang

Sorotan

1

Naik Van Sekolah 5 Hari Untuk Mac, Bayaran Tetap Penuh Hingga RM1,000?

2

Pembatalan Lesen Senjata Api, Mengapa Atlet Menembak Turut Terbabit?

3

Pemimpin Baharu 3 Sayap UMNO Perlu Berdedikasi, Jalankan Amanah Seikhlas Hati - Presiden

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Skuad Pecut Lelaki Negara Sapu Bersih Pingat 100M Di Australia

Semasa 4 jam yang lalu

Guan Eng Tidak Pernah Batalkan Pengecualian Cukai Yayasan Albukhary – Anwar

Politik 1 hari yang lalu

Dulu UMNO Dilabel Menutup Pintu Untuk Orang Muda Tapi Kini… - Dr Akmal

oleh Farhana Farush

Semasa 1 hari yang lalu

10 Lelaki Termasuk 2 Warga Asing Ditahan Bantu Siasatan Kes Bunuh